Memang sukar untuk org lain percaya, tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan anda semua........
salam sejahtera ke atas u oll yang sudi membaca kat blog nie....kat atas tu adalah petikan dari sebuah kisah yang aku bacer sebelum nie dalam satu email yang dikirim oleh seorang kawan..... baru2 nie bile bukak FB.. aku terbaca lagi sekali cerita nie..n malam nie aku nak share ngan u oll cerita tue..maaf koz aku tak pandai pulak nak mengarang cerita....aku harap u oll leh amik sebagai pengajaran untuk kita bersama......ok.sambung balik bacer cerita nie k........
- PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk. Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar."
- PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.Saya sedih melihat mak seperti itu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."
- PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur. Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk. Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi." -
hari nie aku post 3 pembohongan ibu dan sambungannya aku akan post di entry yang akan datang...hope u oll sabar menunggu k...
AP : 'aku' dalam cerita nie merujuk kepada pengarang asal cerita nie...Wallahualam....
0 5 insan yang sudi meluahkan perasaan:
Post a Comment