aisshh.....bosan petang semalam (15.10.2010) ....tengok tv sume sal bajet jerh..ape ntah bajet2 nie?tak minat la aku nak tengok..baek aku tengok cerita cintun ker..karton ker... haa..dah tak der cerita menarik kat tv sangat, baek aku dengar lagu jerh..bosan la nak dengar2 bajet nie..aku bukan faham pon....full stop.... tutup tv then dengar radio.....haaa..itulah sebenarnye aku..haisshh..apalah aku nie..tak alert langsung pasal ekonomi negara nie..harap jerh aku pernah belajar account.......mungkin aku sorang jerh kat Malaysia nie yang tak suke tengok rancangan ilmiah or bila perbentangan bajet kat tv terus aku tukar channel..hohohho.kantoii sudah..tapi biler aku bukak blog aku tadi....ader la seorang sahabat blogger yang tegur aku kat shoutmix aku..tanye dah tengok ker bajet..mula la serbe salah sambil garu2 kepala tak taw nak jawab per..hahahhaah..then dengan penuh rasa malu..jawab la ngan penuh kejujuran belum lagi...baek kan aku... jadi aku pon terus la ker blog beliau untuk membaca ape itu bajet 2011..law u oll nak taw sila la klik sini...
Law rase malas nak klik..kat sini aku dah tolong paste kan untuk korang sedikit pasal bajet 2011 yang aku google kat internet....
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Bajet 2011, yang akan dibentangkan pada 15 Oktober, menetapkan rentak transformasi ekonomi ke arah ekonomi maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.
"Ini akan dicapai melalui empat tonggak agenda transformasi negara, iaitu Konsep 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10), katanya semasa berucap di Perundingan Bajet 2011 di Putrajaya.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata bajet kali ini akan mengaktifkan Lima Teras Strategik yang digariskan di dalam RMK10.
"Ini melibatkan mentransformasikan Malaysia menggunakan kaedah Bidang Hasil Utama Nasional (NKRA), meningkatkan pertumbuhan ekonomi, yang merangkumi pembangunan sosio ekonomi, memajukan dan mengekalkan asas bakat dunia pertama serta meningkatkan kualiti kehidupan," katanya.Untuk mencapai sasaran pertumbuhan itu, Najib berkata sektor swasta akan menjadi pemacu utama manakala kerajaan memainkan peranan pemudahcara.
"Kita perlu bekerjasama sebagai satu pasukan, di dalam semangat 1Malaysia, untuk merangsang ekonomi negara."
"Masalah semasa tidak dapat diselesaikan menggunakan pendekatan lama. Kita perlukan strategi yang berani, kreatif, inovatif dan kompetitif untuk membawa kita ke paras pembangunan lebih tinggi.
- Bernama
0 5 insan yang sudi meluahkan perasaan:
Post a Comment