KALAU SUKA..

Wednesday, February 29, 2012

wordless wednesday - rindu kamooo -



Tuesday, February 28, 2012

kenapa cincin pernikahan dipakaikan dijari manis??

salam..
Kenapa Cincin pernikahan selalu ada di jari manis?.Kenapa tak di letak kan di jari lain..saya pada mulanya juga terfikir dan menjadi tanda soal dalam fikiran. Tetapi setelah baca suatu artikel, menarik juga untuk dikongsikan. Cuba anda ikuti langkah berikut, anda semua pasti akan takjub, kerana ALLAH benar-benar membuat keajaiban atas penciptaan jari-jari kita.

Cuba ikut  langkah ini:

1. Pertama, tunjukkan telapak tangan anda, jari tengah dilekuk ke dalam (lihat gambar di atas).

2. Kemudian, 4 jari yang lain di pertemukan hujungnya.

3. Permainan dimulakan, 5 pasang jari tetapi hanya 1 pasang yang tidak terpisah.

4. Cubalah membuka ibu jari anda, ibu jari mewakili orang tua, ibu jari boleh dibuka kerana semua manusia mengalami sakit dan mati. Dengan maksud yang sebenar, orang tua kita akan meninggalkan kita suatu hari nanti.

5. Tutup kembali ibu jari anda, kemudian buka jari telunjuk anda, jari telunjuk mewakili kakak dan adik anda, mereka memiliki keluarga sendiri, dan mereka juga pasti akan meninggalkan kita kelak.

6. Sekarang tutup kembali jari telunjuk anda, buka jari kelingking, yang mewakili anak-anak. Cepat atau lambat anak-anak juga akan meninggalkan kita.

7. Seterusnya, tutup jari kelingking anda, bukalah jari manis anda tempat dimana kita menyarung cincin perkahwinan anda, anda akan hairan kerana jari tersebut tidak akan dapat dibuka. Kerana jari manis mewakili suami dan isteri, selama hidup anda dan pasangan anda akan terus melekat satu sama lain. Oleh sebab itu carilah pendamping hidup yang dapat bersama anda selamanya...

Bagi yang perempuan, carilah lelaki yang soleh yang boleh dijadikan Imam keluarga, bagi yang lelaki carilah perempuan yang solehah yang dapat dijadikan bidadari untuk selamanya hingga di syurga.... Solat berjamaah suami-isteri adalah lambang dimana sebuah keluarga akan utuh hingga di syurga-Nya ALLAH kelak..... Amiin... InsyaALLAH.

sumber : fb


Sunday, February 26, 2012

doa jodoh.

salam.


sedang duk belek2 fb tadi..tiba2 jumpa video tentang doa jodoh..tapi ade sedikit kepelikan bila dengar..dan maafkan saya kerana saya gelak gulink2  kerana video nie..aduhai..tak sangka sungguh..

ada yang dah tengok?? kalu belom..leh la tengok kat bawah nie..


Tujuan nur buat entry ni bukan larh untuk mempersendakan doa ni..Tapi nur rasa seolah2 ia adalah doa yang tidak berapa sesuai sangat..

Kita sendiri tahu kan..bahawa kita berdoa meminta sesuatu dari Allah.. maka guna larh ayat2 yang sesuai..Contoh : seperti mana kalau kita nak mohon pekerjaan, kena buat surat rasmi larh, pergi temuduga secara formal dan bercakap juga perlu beretika.. macam tue jugak larh kita  perlu buat nak berdoa..nak memohon sesuatu dari DIA..PENCIPTA kita..

Minta larh sesuatu yang baek bukan untuk diri kita sahaja tetapi untuk orang2 sekeliling kita..jangan sesekali kita menjadi terlalu pentingkan diri.. 
dan redha larh disetiap ketentuanNya.

Al-Quran memaparkan banyak ayat, antaranya firman Allah (mafhumnya): 

“ berdoalah kepada-Ku, niscaya akan kuperkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri  dari menyembah-Ku (berdoa kepada Ku) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.” 
 (Surah al-Ghafir, ayat 60)

Satu perkara yang kita sentiasa perlu ingat.. Doa adalah senjata bagi orang mukmin. Mereka yang enggan berdoa kepada Allah, adalah orang yang bongkak... 

“Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada Tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). Dan suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah (Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa.
(surah Toha : ayat 131-132)


Wallahualam..ada salah silap harap ditegur yer..




Friday, February 24, 2012

RENUNGAN JUMAAT - renung-renungkan dah selamat beramal#

salam..
imej sumbagan incik gugell

Setiap ilmu ada amalannya.
Setiap perkara ada sebabnya.
Setiap persoalan ada jawapannya.
Setiap perlakuan ada ganjarannya.
Setiap kesulitan ada kemudahannya.
Setiap kehidupan ada ujian dan dugaannya.
Setiap takdir ada hikmah di sebalik ketetapanNYA...

Lalu, renungilah dengan mata hati..
Berfikirlah dengan akal kurniaan ILAHI moga sentiasa diberkati, InsyaAllah.

jari kita juga sebenarnya membentuk kalimah Allah...

Salam..
subhanALLAH..kadang2 sesuatu yang tidak kita sedari..

Sedarilah dan fahamilah bahawa segala sesuatu yang ada pada kita itu, adalah pada hakikatnya datang daripada Allah S.W.T. 

Renungilah peringatan dan teguran daripada Allah S.W.T  yang disebut berulang kali dalam Surah Ar-Rahman: 
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”

Wednesday, February 22, 2012

Alhamdulillah..semua nye adelarh anugerah dariMU ya Rabb..

salam.


hari ini result peperiksaan bagi pelajar ijazah UiTM dah keluar.
syukur Alhamdulillah.. sem nie agak tidak menghampakan malah satu kejutan buat saya.
saat  saya merasa sangat lemah dan tiada harapan untuk lulus, akhirnya saya berjaya juga mengharunginya.
paling gembira bila keputusan tue sesuatu yang tidak dijangka.. syukur sangat-sangat pada Allah SWT,  a lot of thankz pada keluarga dan kawan2 yang tak jemu2 support saya,
terima kasih juga kepada kawan2 yang mendoakan nur di entry lepas ---> 3 paper pembunuh.
Alhamdulillah.. mereka gagal membunuh saya malahan menghadiahkan  saya sesuatu..hehe.. walau tak larh secemerlang kawan2 yang laen jauh sekali untuk dapat 4flat..tapi sesungguhnya keputusan yang saya dapat hari ini mampu membuat saya tersenyum, abah saya tersenyum,kakak saya tersenyum, juga kawan2 juga turut gembira..syukur...



Alhamdulillah.. All my praises belong to Allah SWT..
juga tahniah untuk adik saya yang mendapat keputusan lebih cemerlang dari saya [sighh]
doakan saya lebih berjaya untuk semester depan yer . insyaALLAH..

Sesungguhnya kejayaan hari ini tidak datang bergolek, ia bermula dari usaha,doa dan yang penting  ia adalah ketentuan Illahi.. 

tak tahu dah nak update blog ni macam mana. Biasa larh mula-mula kita akan excited untuk buat sesuatu perkara, sampai satu tahap rasa malas dan bosan pulak. Begitu juga larh diriku terhadap mister blog ku ini. Selepas ini pasti jarang-jarang update bila sibuk dengan kuliah.



Tuesday, February 21, 2012

kenapa Justin Bieber??

sumber incik gugell
Presiden US: Aku mahu pakatan kita ini membunuh seluruh umat Islam sebanyak yg mungkin, kalau boleh as many as possible, dan juga pastikan Justin Bieber  juga dibunuh.

Presiden Israel: noted!!

Seorang cleaner yg beragama Islam terdengar perbualan tersebut berasa hairan dan terus bertanya 
cleaner : kenapa Justin Bieber?


Presiden US lantas menambah, 'See! See! Ramai di kalangan mereka ni lebih concern nak tau kenapa Justin Bieber termasuk dalam list, dan tak sensitif pun berbilion2 umat Islam yg bakal mati dan yg dah pun mati'.

Abbas Abdullah bin Abbas rodhiallahu ‘anhuma beliau berkata: 
Suatu hari aku berada di belakang Nabi saw lalu beliau bersabda ,

“Nak, aku akan ajarkan kepadamu beberapa patah kata: Jagalah Allah, Nescaya Dia akan senantiasa menjagamu. Bila engkau meminta sesuatu, mintalah kepada Allah, dan bila engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, jika semua umat manusia bersatu padu untuk memberikan suatu kebaikan kepadamu, nescaya mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah bagimu, dan jika semua umat manusia bersatu padu untuk mencelakakanmu, nescaya mereka tidak dapat mencelakakanmu kecuali dengan sesuatu yang telah ditulis oleh Allah bagimu. Pena telah diangkat dan catatan-catatan telah mengering.”

 (HR Tirmidzi Dia berkata , “Hadith ini hasan shohih”)
kreadit : kepada rakan di FB untuk cerita asal.
maaf saya terlupa name anda..

Monday, February 20, 2012

Contest Me N my Special one.

salam...

hari ni nur nak join satu contest dari blog PANGERAN CHENTA.Nak tahu, klik banner yang bergerak-gerak nakal tue :D 
Me N my special one..opss..bukan hanya terhad kepada 'seseorang' taw.. tapi juga 'SESUATU' yang kita sayang..

antara barang yang paling  nur sayang adalah :


saya sendiri tak sedar rupa2nya saya suka warna pink 

background yang sangat annoying *_*

ini adalah laptop yang saya beli sendiri menggunakan wang simpanan sewaktu praktikal dulu...
ia dibeli pada 24 January 2009. pukul 4 petang.
[Ingat lagi tarikhnya sebab ada dalam mydiary.hehe]
maknanya laptop ini sudah tua dan usang..tapi masih boleh berfungsi. membantu saya membuat esaimen, berblog.berboloq,  dan banyak lagi jasa beliau.

baru2 ni beliau telah meragam meminta untuk ditukar skrin LCD nya.. kerana sayangkan beliau lalu saya sekali lagi melayangkan rm500 untuk beliau.. sighh.........  tapi nak buat macam mana.sebab sayang ku turutkan jua...[ayat mengada].. terpaksa larh kan sebab susah nak buat esaimen + adik saya sangat busy sampai susah nak pinjam dia punya laptop.

ada kawan2 tanye,kenapa tak beli baru sebab sekarang laptop kan murah sahaja [ tak perlu larh nak bandingkan dengan incik Apple or yang setaraf dengannya okey]. 

tapi bagi saya, baek saya baiki sahaja beliau kerana saya tak nak menduakan nya..hehehe

saya harap beliau sudi berbakti kepada saya lagi.. 
kamu sangat baek dan tidak banyak ragam.... tapi sekali kamu meragam~duit saya melayang~.

itu sahaja coretan mengarut saya untuk contest ini..
maaf kepada tuan blog sebab suruh dia hold dulu tarikh tutup segmen sebab saya nak join..haha
kamu sungguh suweeet larh [puji2 sikit sebab nak markah lebih..hehe]



Sunday, February 19, 2012

tolong lah jangan jadi stereotaip sangat.

salam..
pertama sekali, sebelum nak membebel tentang stereotype ni,kita bagi huraian dia dahulu..
menurut kamus 'Wikipedia'  edisi bahasa melayu:

'Stereotaip ialah suatu tanggapan atau pemikiran yang ditetapkan terhadap sesetengah jenis orang atau benda tetapi seringkali tidak benar di dalam realiti.'

manakala edisi bahasa inggeris mengtakrifkan stereotype sebagai:

'A stereotype is a popular belief about specific types of individuals. The concepts of "stereotype" and "prejudice" are often confused with many other different meanings. Stereotypes are standardized and simplified conceptions of groups based on some prior assumptions. Another name for stereotyping is bias.'

Untuk memudahkan pemahaman kita bersama, saya jelaskan maksud stereotype yang saya faham.

'Kamu nampak seorang lelaki yang sedang memandu kereta Mercedes-benz jadi kamu katakan bahawa dia adalah seorang yang kaya.. padahal kamu tidak tahu mungkin kereta itu adalah kereta 'tuan'nya..'

jadi moralnya disini, jangan menilai seseorang dari luarannya sahaja.
bak kata pepatah omputih tue.. 'Don't judge a book by its cover'.

Allah tidak menilai dari rupa, penampilan luar  kerana semunya ciptaan Allah. Tapi Allah melihat dan menilai lubuk hati kita. 


"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti."

(al-Hujuraat: 13)


Friday, February 17, 2012

RENUNGAN JUMAAT - kisah si pohon EPAL.

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal   sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

 "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan." Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

 Masa berlalu...
Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. 

Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu.

 Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira," cadang pokok epal itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu.

 "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Cerita ini sengaja dipaparkan untuk mengajak para remaja berfikir tentang pengajaran di sebalik cerita tersebut. Sebenarnya, pokok epal yang dimaksudkan di dalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup. Anda mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun. 

tahniah kerana habis bace yer :)
maaf untuk entry yang panjang nie.
sekadar renungan..untuk awak,saya,dan mereka.. :D


jawapan untuk teka teki...

salam..
seperti yang telah dijanjikan... bukan main lagi kan ayat.... okeh..ini dia jawapan yang nur ada untuk teka teki semalam.. sapa2 yang belum tengok boleh larh menjenguk ke sini....


jawapannya :
 The solutions goes, fill up the 5 liters bucket, and pour it into the 3 liters bucket. You will have 2 liters remaining in the 5 liters bucket. Throw the water in the 3 liter bucket and take the water from the 5 liters bucket (which contains 2 liters now) and pour it into the 3 liters bucket. Fill up the 5 liters bucket again and pour the water into the 3 liters bucket until it is full. So exactly one liter will go into the 3 liters bucket until full. This would give 4 liters in the 5 liters bucket.

2) Basically, it can be solved if you apply the concept of tree structures,, which uses binary trees, you can use tertiary trees. A tree with three branches. If you separate the balls into 3 groups, 2 groups of 3 balls and one group of 2 balls you can solve the problem in less than 2 tries. Balance the weight of the two groups of 3 balls. Which ever is lighter contains the defective one. Then take the 2 out of 3 balls and balance it on a scale again. if equal, the the third ball not measured is the defective one. otherwise....well, which ever is lighter. But what if the groups of 3 balls balances on the scale, well, you try the 2 balls. Each on either side. The lighter one is the defective one.

Mungkin ia agak berlainan dengan jawapan yang kawan2 berikan. Sebenarnya banyak lagi jawapan yang boleh difikirkan.. kalau korang rajin boleh larh pikir2 kan lagi ea...
thankz kepada yang sudi memberi jawapan :
  1.  kipas koyak 
  2.  pakcik fadzli  
nah hadiah untuk kamu berdua :
juga kepada kawan2 yg laen yg sudi tinggalkan komen tue,thankzs yer ::)

kat bawah nie ada lagi teka-teki tapi sampai sekarang nur tak paham solution dia macam mana.. ada sapa2 yang boleh tolong explain tak??..rasa tak puas hati selagi tak tahu macam mana penyelesaian dia....

sumber fb : asal dr kamikongsi.blogspot.com


Thursday, February 16, 2012

BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ?

salam......

tengok tajuk kat atas tue..gempakk tak?? hehehe...
segmen  dari blogger otai sapa lagi kalu bukan en.ben.tengok gambar pon dah tahu.hehe
BEN ASHAARI

syarat-syaratnya :

Letakkan header BENASHAARI.COM
sudah :)

Tajuk .. BEN ASHAARI TANYA KAU BERANI KRITIK BLOG AKU TAK ? dan linkkan ke entri ini .
sudah juga :)

Berikan sebab kenapa anda nak blog anda dikritik ?
untuk mengetahui kekurangan blog nie. [nama pon kritikan kan]

Siap ? Tinggalkan url entri lengkap di ruangan komen ini..

okeh..ada tak rase-rasanya sudi mengkritik dan melukakan hati saya? hehehe [gurau sahaja]
InsyaALLAH kekurangan akan diperbaiki..
dan terima kasih kepada yang sudi mengkritik :)
kritikan mu ku terima dengan lafaz 'Alhamdulillah'...



jom main teka teki nak??

salam..saje nak rehat kan minda/ tajam kan minda  hari nie...jom main teka teki nak?? 
soalannye mudah sahaja tapi saya ambil masa yang lama untuk fikirkan jawapannya....LoL..


1- given 3 liter bucket,5 liter bucket and a lot of water. how can u measure exactly 4 liter?
(no rulers or any measurement material given..)
sumbangan incik gugell..


2-  U have 8 balls.one is defective n less weigh than others..
A balance is given.
how can u find which one is defective. 
only 2 trials allowed.
Sumbangan encik gugel..dan blog asalnya

sapa2 yang ada jawapan boleh larh share..
dalam bahasa melayu pon tak pe.
next post nanti insyaAllah,.
i will give the answer okeh....hehe
selamat berjaya..
selamat perah otak :D

Wednesday, February 15, 2012

Redha

salam..

Redha itu ikhlas,pasrah itu menyerah-bak kata Lisa Surihani dalam cerita Ombak Rindu.. haiii.,tak habis2 lagu tue ombak rindu, orang dah ke Vanilla Coklat sekarang....
Sebenarnya nur bukan nak buat sinopsis cerita or nak bercerita tentang cerita2 tersebut..cuma nak share lagu yang  mengajar kita apa erti redha itu.. Selamat bermuhasabah diri...

REDHA

Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiri ku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli
Allah Maha Mengetahui
Yang ada di hati
Biar Dia menentukannya

Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia, terima
Yang tertulis dalam kehendakNya...

Lagu : Syah Inteam(Inteam Records) & Salleh Brotherz
(Arteffects Production)
Lirik : Lukhman S.(Inteam Records)
Hakcipta : Inteam Records
Penerbit : Frizdan
Susunan Muzik : Along Exist
Tabla & Udu : Ijan ASK
SUMBANGAN :  Liriklagumuzika




dah faham konsep redha? kalu belum lagi boleh ziarah ke sini--->Blog Peribadirasulullah

Orang yang bertuah adalah orang yang  redha dengan apa dikehendaki olehNYA.

Sunday, February 12, 2012

say NO to valentine's Day - Katakan tidak pada hari Valentine


salam..

untuk pengetahuan semua / seperti yang semua tahu, hari Valentine (14 FEBRUARY) adalah haram bagi semua umat Islam untuk meraikannya...tak perlu mencari alasan untuk menghalalkan sesuatu yang sememangnya haram. 
tak perlu mencari madah-madah untuk membetulkan  sesuatu yang sememangnya salah.. ingat..
 'MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA'



Cinta tidak perlu dibuktikan dengan sejambak  bunga yang bisa layu, sekotak makanan manis yang merosak gigi, atau jalan-jalan di malam hari yang merosak kesihatan...

Cinta sejati dibuktikan dengan komitmen kepada Allah untuk bersama-sama mengejar syurga =) ♥


Friday, February 10, 2012

RENUNGAN JUMAAT - 10 GOLONGAN YANG MENZALIMI DIRI SENDIRI

salam..
Alhamdulillah..bertemu lagi kita dengan penghulu segala hari ini.
Alhamdulillah juga dengan nikmat yang telah diberikanNya pada kita.
Nikmat Islam dan juga Iman..
renungan dihari jumaat yang diberkati ini..
10 golongan yang menzalimi diri sendiri  :

semoga kita sama2 tidak menzalimi diri sendiri..Amin.. InsyaAlllah..
sedikit ulasan dari nur : 
  • yang pertama - doakan larh saudara2 kita sama ada jauh atau dekat. yang pasti tak lupa untuk saudara seagama kita... bukan susah pon.. free je doa tue..
  • yang kedua - rajin2 kan larh baca Al-Quran. sehari sepotong ayat pon tak per.. Bace blog boleh..tak kan larh surat cinta dari Allah tue tak boleh nak bace..
  • yang ketiga - solat sunat tahayatul masjid tue  2 rakaat je.. tak susah kan.
  • yang keempat - bagi salam dan mendoakan ahli kubur - bukan selalu pon kita menziarah kubur..jadi tak salah kan..tambah2 kalau lalu tepi perkuburan tue.. jangan lupa kita pon akan ke sana juga suatu hari nanti.
  • yang kelima - ni nur sendiri tak faham kenapa jadi macam tue..kadang2 sedih bila naek bus, pemandu dan penumpang ramai lelaki tapi tak berhenti pon untuk solat jumaat.  [musafir la sangat]
  • yang keenam - tahu tak belajar itu seronok...
  • yang ketujuh - tanya nama dan menambah kenalan.. menarik kan.. atleast bertambah kawan dan ada kawan baru.
  • yang kelapan -  -orang jemput kau tak nak datang, nanti kenduri kau siapa yang nak datang??
  • yang kesembilan - jangan malas sangat boleh tak?
  • yang kesepuluh - kongsi larh rezeki yang kita ada dengan yang memerlukan. tak salah malah pahala pon dapat.

 In The Name of Allah The Most Gracious, The Most Merciful..
Our Lord ! we have sinned against ourselves and unless You grant us forgiveness and bestow Your mercy upon us ,we shall most certainly be lost.. 

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.

(SURAH AL-A`RAF ,VERSE/AYAT  23)


mari larh sama2 kita perbetulkan diri kita. 
nur pon masih mencuba..
semgoa hari ini lebih baek dari semalam.. InsyaAllah.
nak lagi?? boleh singgah sini ---> ustaz Ismail Kamus.
maaf andai ada terkasar bahasa or terguris hati
salam jumaat..

Thursday, February 9, 2012

solat sambil mengendong bayi

salam..
sebelum nie nur tak pernah pon dengar pasal hal ini. 
Alhamdulillah tadi dapat ilmu baru....


untuk mendapat lebih penjelasan u olls boleh tengok kat laman majlis ulama ISMA.
juga boleh menjenguk ke laman fesbuk ini --> milky way
subhanALLAH..betapa mudahnya ISLAM..
Islam itu ringan lagi meringankan..
tapi jangan ambil ringan pulak.. laen maksud tue..
wallahualam.. :)

~I Wanna hold YOUR love~

salam....

I Don't Want The Relationship that Romeo & Juliet Once Had...


 I Only Want The Relationship that Khadijah (RA) & Prophet Muhammad (SAW) Had..


insyaALLAH.
even though i know that i don't deserve to have it. 
sorry coz being jiwang  la pulak..huhu

Wednesday, February 8, 2012

wordless Wednesday - lucky?-




Bahaya Penyakit Leptospirosis (Kencing Tikus).

salam..

LEPTOSPIROSIS atau jangkitan yang dibawa haiwan, termasuk daripada keluarga tikus dikategorikan sebagai jarang berlaku biarpun ia sebenarnya bukanlah asing kepada penduduk negara ini.

Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd’s, Demam Pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis Berdarah, Penyakit Stuttgart dan Demam Canicola.

Leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’


Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia.

Info :

Jangkitan penyakit yang disebabkan bakterium.

Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing atau tisu haiwan yang dijangkiti
Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.

Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi.


Mereka yang terbabit dengan aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadap leptospirosis.


Rekod WHO menunjukkan antara kes wabak leptospirosis yang meragut banyak nyawa adalah ketika Taufan Mitch pada 1995. Wabak leptospirosis yang dilaporkan di Nicaragua itu membabitkan komplikasi pendarahan di paru-paru. Pada 1998, wabak itu melanda kawasan tengah Amerika Syarikat. Tahun yang sama ia berlaku di Peru dan Ecuador disebabkan banjir besar.

Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.

komplikasi :

Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.



tanda-tanda anda mungkin dijangkiti :

1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.

2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.

3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 – 100 peratus pesakit.

4) Batuk tidak berkahak ( 25 – 35 peratus pesakit)

5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku

6) Radang selaput mata

7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. 

(Sumber – Infosihat.gov.my)
untuk lebih info boleh baca kat sini --> my network's
marilarh sama2 tingktkan kebersihan diri dan perasekitaran.
Tiada penyakit yang tiada ubatnya kecuali Mati..
Wallahualam...

Tuesday, February 7, 2012

kucing itu sungguh mengharukan saya :(

salam

hari ni sempat pergi ber'jimba-jimba' ke pantai Klebang Melaka bersama keluarga. Dengan harapan teringin nak tengok matahari terbenam. Tapi malangnya tak jugak kesampaian. bukan kerana matahari tu tak terbenam tapi disebabkan oleh ia diselubungi @ terbenam disebalik awan nanonanonano . :(   [ namun Alhamdulillah kerana masih berpeluang menikmati keindahan alam cipta Allah nie..]

berbalik kepada tajuk diatas.
ketika nur dan keluarga sedang menikmati makan malam di sebuah kedai makan.. datang seekor kucing hitam [dengar jerh kucing hitam terus macam paranoid je].. 
nak baca mitos tentang kucing hitam boleh klik ---->  8 mitos . (nama pon mitos jadi jangan percaya..itu semua khurafat..)
nampak garang kan...
yang diatas ini bukan kucing yang nur jumpa yer.. ia ihsan dari uncle gugell.
kucing yang nur jumpa mata nya terlalu sayu,. macam faham jer apa yang di katakan padanya.. Dia minta makanan. masa tu makanan tak sampai lagi. Jadi nur cakap dekat dia 'makanan tak ada lagi, tunggu sekejap' 
[ cakap perlahan2 nanti orang ingat tak betoll pulak] - hakikatnya nur suka cakap dengan arnab-arnab nur..^_^

kucing tu pon duduk dan tunggu.. bila makanan sampai. dia panjat2 kain.. nur pon hulur larh sedikit daging ,telur dan nasi  untuk dia..masa tue nur makan nasik goreng USA USA la sangat -still wonder macam mana boleh jadi nama nasik goreng USA..ermmmm.. nasi goreng + daging merah + telur. [kucing pon makan nasi kan.hehe]. 

Apa yang membuatkan nur teringat sampai sekarang adalah pandangan matanya yang sayu itu.. tiba2 rasa sedih..nak menangis pon ada..
[nur tak berapa suka kucing sebenarnya] tapi bila tengok kucing hitam tue.tak tahu lah kenapa boleh rasa sangat sedih..

sebelum balik gosok2 dulu kepala dia.. dan dia sangat jinak..
awak sangat comell ~ jaga diri elok2 yer..
saya pasti merindui awak..
sayu rasa nak meninggalkan dia..tapi nur tahu dia selamat disana,, lagipon dia nampak bersih dan sihat ~


Monday, February 6, 2012

Meaningful Night


There is a time of night when work ends,


 traffic sleeps,


 and silence is the only sound.


 At that time
while the world around us sleeps


there is One who remains awake and waits for us to call on Him !!! 


-
-
-
-
-
-
-
-
-

credit to  - uncle gugell for all the images


 “Our Lord descends during the last third of each night to the lower heaven, and says:
‘Is there anyone who calls on Me that I may respond to him?
 Is there anyone who asks   Me that I may give unto him? 
Is there anyone who requests My Forgiveness that I may forgive him?’” 
[Bukhari: Book 2, Volume 21, Hadith 246; Muslim: Book 4, Hadith 1656]



----->    In The Name of Allah The Most Gracious The Most Merciful.
"Our Lord! In You we have placed our trust, and to You do we turn in repentance, for unto You is the end of all journeys.
Amin Ya Rabbalalamin.....



Sunday, February 5, 2012

how lucky we are???


salam





i don't know why my heart was touched  once read it....
say Alhamdulillah..thankz you Allah for all da rizq dat u have given to us..
Alhamdulillah. All my praises only for U my dear LORD...Allahuakbar! 

Biodata Junjungan kita Nabi Muhammad SAW

Salam..

Nur ucapkan salam MaulidurRasul kepada semua rakan2 yang beragama Islam..sedikit perkongsian mengenai biodata junjungan kita.. Nabi Muhammad SAW.. [selalunya cari biodata artis je]..apa kata kali ini kita sama2 kenali dengan lebih mendalam lagi insan yang mulia ini @ kekasih Allah....


Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.”





 sumber : muka buku

SALAM MAULIDUR RASUL , marilah sama-sama kita selawat ke-atas Nabi S.A.W.
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
صَلَّى اللهُ ع...َلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْك

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

lain2 untuk dibaca :

..