KALAU SUKA..

Wednesday, February 8, 2012

Bahaya Penyakit Leptospirosis (Kencing Tikus).

salam..

LEPTOSPIROSIS atau jangkitan yang dibawa haiwan, termasuk daripada keluarga tikus dikategorikan sebagai jarang berlaku biarpun ia sebenarnya bukanlah asing kepada penduduk negara ini.

Ia turut dikenali dengan pelbagai nama seperti Penyakit Weil, Demam Icterohemorrhage, Penyakit Swineherd’s, Demam Pesawah (Rice-field fever), Demam Pemotong tebu (Cane-cutter fever), Demam Swamp, Demam Lumpur, Jaundis Berdarah, Penyakit Stuttgart dan Demam Canicola.

Leptospirois berpunca daripada pendedahan terhadap bakterium ‘leptospira interrogans.’


Jangkitan terhadap manusia selalunya melalui air yang dicemari kuping kulit dan lendir hidung, mulut dan mata tikus. Bagaimanapun, leptospirosis tidak menyebabkan jangkitan daripada manusia kepada manusia.

Info :

Jangkitan penyakit yang disebabkan bakterium.

Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing atau tisu haiwan yang dijangkiti
Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.

Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi.


Mereka yang terbabit dengan aktiviti luar atau petani lebih berisiko terhadap leptospirosis.


Rekod WHO menunjukkan antara kes wabak leptospirosis yang meragut banyak nyawa adalah ketika Taufan Mitch pada 1995. Wabak leptospirosis yang dilaporkan di Nicaragua itu membabitkan komplikasi pendarahan di paru-paru. Pada 1998, wabak itu melanda kawasan tengah Amerika Syarikat. Tahun yang sama ia berlaku di Peru dan Ecuador disebabkan banjir besar.

Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.

komplikasi :

Komplikasi jangkitan ini termasuk jangkitan kuman di otak (meningitis), pendarahan yang teruk, kegagalan fungsi hati dan buah pinggang.



tanda-tanda anda mungkin dijangkiti :

1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.

2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.

3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 – 100 peratus pesakit.

4) Batuk tidak berkahak ( 25 – 35 peratus pesakit)

5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku

6) Radang selaput mata

7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. 

(Sumber – Infosihat.gov.my)
untuk lebih info boleh baca kat sini --> my network's
marilarh sama2 tingktkan kebersihan diri dan perasekitaran.
Tiada penyakit yang tiada ubatnya kecuali Mati..
Wallahualam...

10 5 insan yang sudi meluahkan perasaan:

AnakPakZohar said...

hurm.. bahaya tu kan...

Unknown said...

Yad'z : skrg penyakit ni tgh top.. meng bhye..

fardhila fawwazy blogspot said...

sedara dila ada je yg pernah kena n dah meninggal..kesian..huhu..bahaya2..na'uzubillah..

Anonymous said...

baru cadang nak mandi-mandi di sungai.. @_@

miss daya said...

my office mate 2 org kena.. n masuk icu.. so mmg hr circulate about this disease.. takut la..

nur chahaya Abadiey said...

@dila : Innalillah..

@PR : crilarh sgai yg bsih..insyaALLAH.. Smua tu kehendak Allah..penyebab je tue..yg psti jd kbersihan. + kalu beli air dlm tin pon kene basuh dlu b4 minum.

@miss : smoga mereka cpt smbuh..insyaALLAH..

dya nasir said...

bahaya nye..takut lh pulak..

Reena Sidek said...

memang bahaya penyakit ni...
boleh mengancam nyawa...

Unknown said...

@dya : same larhh..

@mass : btoll tue..rmai dah yg kene.

Anonymous said...

Kunjungan balas : eeeeeeeee..takut la dengna tikus lepas ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

lain2 untuk dibaca :

..