KALAU SUKA..

Saturday, February 4, 2012

suami upah jiran hamilkan isteri


salam..
just nak share :

STUTTGART – Hakim mahkamah Jerman perlu memutuskan satu kes sama ada seorang defendan ‘benar-benar berniat jujur’ apabila menerima upah daripada plaintif bagi melakukan hubungan seks dengan isterinya supaya mengandung tetapi gagal selepas 72 kali cubaan.

Plaintif dikenali sebagai Demetrius Soupolos, 29, yang memperisterikan seorang bekas ratu, Taute. Pasangan itu amat mengidamkan cahaya mata tetapi malangnya Soupolos dimaklumkan doktor bahawa dia mandul.

Meskipun pada awalnya dibantah oleh isterinya, Soupolos berjaya menenangkan Taute mengenai rancangannya mengupah jiran, Frank Maus, 34, ‘membantu’ mereka mendapat anak.

Bagi Soupolos, rancangannya tentu boleh berjaya, lebih-lebih lagi dia baik dengan jirannya itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

Soupolos memberi upah 2,500 euros (RM) dan Maus diberi tugasan menghamilkan Taute menerusi sesi berasmara tiga kali seminggu bagi tempoh enam bulan.

Laporan media Jerman menyatakan, Maus ‘berusaha bersungguh-sungguh’ dalam tempoh itu untuk memberi berita gembira kepada Soupolos.

Malangnya, usaha Maus itu tidak berhasil dan dia memutuskan untuk berhenti selepas isterinya pula membantah.

Dia kemudian memberitahu Soupolos: “Seperti juga kamu, saya kecewa tidak dapat memenuhi impian kamu. Lagipun, saya lakukannya kerana mendapat upah. Saya harap anda dapat memahami.”

Soupolos, bagaimanapun, menyuruh Maus menjalani pemeriksaan doktor apabila Taute tidak mengandung selepas enam bulan.

Doktor membuat pengumuman mengejutkan, Maus juga mandul. Itu memaksa isterinya menjelaskan kepada Soupolos dan Taute bahawa Maus bukan bapa kepada dua anak mereka.

Ia menyebabkan Soupolos menyaman Maus atas dakwaan melanggar kontrak dan supaya wangnya dikembalikan.

Tetapi, ia ditolak Maus atas alasan dia tidak memberi jaminan Taute akan hamil tetapi hanya berjanji untuk ‘berusahabersungguh-sungguh.’ – Agensi

sumber dikutip--> mynetworks.my   

My Networks
tak tau larh nak cakap macam mana.
ada jugak rupanya orang2 macam nie.
manusia memang pelik.
adakah ini fraud?? tak belajar law la plak..

10 5 insan yang sudi meluahkan perasaan:

kipas koyak said...

macam-macam.dayus betul lelaki macam tu

Unknown said...

betul tuee..sanggup dy..ermm..

Mishter Izwän said...

dear my follower: new entry in my site, feel free to visit

http://speechless009.blogspot.com/2012/02/hacked-wireless.html

profmie said...

slm..done follow you..thnx for the new info.. xsgke ade jg manusia begini rupa..memg ksian lah isteri dye..

maszull said...

assalamualaikum...mcm2 cite yg pelik ek n ada juga kes mcm ni plak...

nur chahaya abadiey said...

@izwan : InsyaAllah.. i will..

@profmie : wslm..thankz :) n welcome.. sharing is caring kan.. :)

@mama : Wasalam... biasa larh..manusia kan mmg pelik..

Hanif said...

lawak..inilah dunia barat !!!

Unknown said...

lawak..tp hakikatnya sedih..

btoll tue..sekularisme..

pengembara atas bumi said...

ade jugak macam ni ye ? :) macam2

Unknown said...

PAB : Mnusia kan boleh buat pkra2 yg kdg2 xpernh terlintas kt fkran pon :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

lain2 untuk dibaca :

..