KALAU SUKA..

Sunday, May 12, 2013

Kenangan aku dan ibu

 Ibu,.
Tawamu sudah hilang dari mataku
Suaramu sudah bisu ditelingaku
Kasihmu yang ku damba telah tiada,
 Aku telah hilang satu keberkatan di dunia...


Ibu,
 Sungguh aku rindu menatap wajahmu..
Sungguh aku rindu mendengar bisikmu,
Sungguh aku rindu segala-galanya tentang ibu.


Ibu,..
 Meski dulu aku seakan jemu dengan teguranmu..
Namun Kini bila ibu pergi..
 Aku belajar menghargai...
Sesuatu yang tidak aku miliki lagi....



 Ibu...
Aku  rela mahu mendengar apa sahaja yang ingin ibu ucapkan..
Bisik sahaja apa jua kata-kata padaku..
Akanku dengar... Akan ku patuhi..
Asal engkau bersamaku saban hari..

Tapi pasti...
Itu hanya mimpi disiang hari..
Ibu..
 Kini.... aku melalui hari -hari sunyiku sendiri..
Sunyi tanpa mu,... Sunyi tanpa ibu... Ya..hidupku Sunyi...






 "IBU.. Hanya doa mampu kukirim..,
smoga ibu tenang disana" Aamiin...
Hargailah ibu anda..
selamat hari ibu pada semua ibu-ibu yang bergelar ibu...

Saturday, April 27, 2013

Gyiomi..

salam.


alahai..sekarang tengah meletop2 pasal gyiomi ni..
kalau buka youtube pasti bersepah-sepah video gyomi..
macam-macam stail ada.. 
mula-mula tengok saya tak paham langsung apa yang mereka buat.
dah mula lah tertanya-tanya 'apalah yang si minah/mamat ni tengah buat?" 
then tengok lagi baru paham..
oh..aksi comel sambil kira nombor rupanya... 
ermm..memang comel. tapi................. fikir lah sendiri...


'bila Allah tarik sifat malu dalam diri kita, 
ermmm......sedihnya laa... wallahualam..

pic tue tiada kaitan dengan gyiomi ok.. :)

Friday, April 26, 2013

selamat mengundi

Salam..

Umum mengetahui yang 5hb Mei 2013 ni akan berlaku pilihannraya umum Malaysia..
So.. bagi yang layak mengundi tu, marilah kita sama-sama menjalankan kewajipan pada negara...he3

Seronok bila tengok penyokong-penyokong bersemangat ,tp teringat kat hari penamaan calon baru-baru ni,, ada yang kelakar.. ada yang macam budak2...

Tak salah jadi penyokong tegar, tapi jangan terlalu fanatik sangat...


Selamat mengundi buddies,..♡♥♡♥♡

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

lain2 untuk dibaca :

..