KALAU SUKA..

Wednesday, November 10, 2010

5 mitos dan realiti perkahwinan..



Ramai yang   menduga atau  percaya sesudah berumah tangga hidup akan menjadi istimewa. sesudah berkeluarga , semua keperluan akan dipenuhi oleh pasangan. Anak2 akan menyemarakkan suasana dan hidup akan bahagia selamanya. Namun adakah semua itu akan mampu dicapai?? berikut adalah 5 mitos dan fakta yang perlu difikirkan :

mitos 1 - perkahwinan akan mengakhiri semua kesepian kita.
realiti    - ramai pasangan yang berkahwin tetapi tetap sunyi.

mitos 2 - perkahwinan akan membuat diri sempurna.
realiti    - pasangan saling melengkapi satu sama lain, tetapi tidak menjadikannya sempurna.

mitos 3 - pasangan yang saling mencintai tidak ada masalah dalam perhubungan.
realiti   - hampir semua hubungan mengalami turun naik. Masalah dan dugaan hidup sering kali akan menutup perasaan romantis suami isteri.

mitos 4  - perkahwinan akan membuat seseorang bahagia.
realiti  - anda tidak boleh berharap pasangan akan membahagiakan anda..sebaliknya kebahagiaan itu        berasal  dari dalam diri anda sendiri.

mitos 5 - pasangan harus tahu keperluan2 tanpa perlu diluahkan.
realiti    - hanya kerana sudah menjadi suami isteri tidak bererti anda dapat membaca fikiran pasangan anda.

AP : petikan dari salah 1 majalah kesukaan........

1 5 insan yang sudi meluahkan perasaan:

izzanis said...

salam kenal... nice blog.. ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

lain2 untuk dibaca :

..