KALAU SUKA..

Sunday, January 16, 2011

selsema.............

salam u oll..........sob...sob..sob...habis merah mate nie..bukan nangis okeh tetapi kerana selsema.........huhu
cuaca sekarang memang tak menentu.. hujan..panas..panas hujan..aduyaaiii..bagi yang tak berapa kuat antibody macam diriku ini mula la menangis teresak2 didalam kelas.. bukan kerana kesedihan tapi hidung jadi gatal2..berair..mata pon dapat effect......huuhhh..terseksanye rasa..kalu boleh macam nak cabut jerh hidung nie..sabar jer lah...makan ubat panadol soluber sebijik tadi...kelmarin n semalam pon makan jugak..waktu malam okeh la sikit..tapi bila bangun pagi mula sok..sekk..sokkk..sekk...balik.... ( bunyi seakan2 orang selsema okeh...erkkk)

okeh..dah buat en3 pasal selsema nie..sempatlah AP google sikit fakta2 or input2 sal selsema tuk korang...

Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus. Terdapat lebih dari 200 virus selsema. Jenis-jenis virus mungkin berbeza pada setiap musim. Antibiotik tidak akan menghapuskan virus-virus. Jangkitan-jangkitan itu akan hilang dengan sendirinya, kecuali jika terjadi jangkitan sekunder. Antibiotik mungkin dan hanya diperlukan apabila terdapat jangkitan sekunder. Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap, membatuk atau bersin atau dengan sentuhan langsung. Kanak-kanak dengan kerintangan penyakit  yang rendah berbanding  dewasa mendapat selsema dengan lebih kerap, misalannya 6-12 kali dalam setahun, manakala dewasa, mendapat selsema sebanyak 2 kali dalam setahun..

Gejala-gejala


v Kerongkong yang kering dan sakit – Ini mungkin merupakan gejala pertama yang dialami.
v Pengeluaran lendir yang cair yang memekat kemudiannya.
v Bersin.
v Hidung tersumbat. Ini menyebabkan kesukaran untuk menyusu bayi.
v Sakit kepala.
v Adakalanya, demam yang ringan.
v Sakit badan.
v Mata berair.

Komplikasi-komplikasi

Tiada komplikasi yang serius yang berlaku dengan jangkitan rhinovirus. Akan tetapi, selsema yang mudah boleh menjadi lebih serius apabila jangkitan bakteria sekunder  berlaku :-

v Bronkitis – jangkitan pada salur-salur pernafasan yang menyebabkan keradangan.
v Laringitis – keradangan pada laring (bahagian atas tenggorok) dan peti suara.
v Otitis Media – keradangan pada telinga tengah dan ini adalah lebih biasa di kalangan 
     kanak-kanak.
v Sinusitis – Jangkitan yang merebak ke sinus (rongga tulang pada hidung).
v Pneumonia – jangkitan yang merebak ke bahagian bawah ke dalam paru-paru.
v Jangkitan bakteria sekunder.
v Penyakit-penyakit pernafasan yang sedia ada boleh dicetus atau diganggu, misalannya 
    lelah.

Mereka-mereka dengan sistem ketahanan badan yang rendah mempunyai lebih banyak peluang untuk mendapat selsema dan berlakunya komplikasi-komplikasi. Mereka-mereka yang lebih berisiko adalah : -

Mereka-mereka yang kurang khasiat makanannya.
Warga-warga tua
Golongan yang sangat muda.

Ingat untuk berunding dengan doktor jika


v Selsema yang mudah berlarutan melebihi seminggu, disertai demam yang malebihi 38°C 
    atau demam ringan yang berpanjangan.
v Berlakunya sakit dada.
v Terdapat kesusahan bernafas.
v Terdapat kahak berwarna kuning. 

Penjagaan kendiri

Tidak terdapat rawatan yang tertentu tetapi rawatan yang simptomatik boleh dijalankan apabila berlakunya gejala-gejala penyakit.

Di antara perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh sesorang itu ialah :-
v Berehat
v Rawatan simptomatik, seperti dengan agen analgesik (penahan sakit), yang mengurangkan     demam dan antihistamin, boleh dijalankan dengan ubat-ubatan yang boleh dibeli di kaunter,     selepas berunding dengan pegawai farmasi anda.
v Minum banyak cecair, kedua-dua air dan jus.
v Inhalasi (sedutan).

Elakkan


v Merokok.
v Membatuk atau bersin berdekatan orang/benda lain, terutamanya bayi dan makanan. 
v Memaksa hembusan dengan kedua-dua liang hidung tertutup kerana ini mungkin 
    mengakibatkan jangkitan di telinga tengah.
v Memandu semasa mengambil ubat-ubatan untuk batuk dan selsema.
v Ubat-ubatan yang mengandungi salisilat, misalannya aspirin.

Tabiat-tabiat yang baik


v Berpakaian secara munasabah bergantung kepada suhu persekitaran supaya kesejukan 
    dan kepanasan yang melampau dapat dielakkan.
v Tidur secukupnya.
v Tutup hidung dan mulut anda dengan tisu apabila anda sedang bersin.
v Basuh tangan dengan sempurna sebelum memasak, makan atau mengendalikan 
     makanan.
v Hembus hidung anda, bila perlu, dengan satu atau kedua-dua liang hidung terbuka.
v Apabila melakukan suai perubatan, pastikan apakah jenis ubat itu dan apakah kesan yan     dituntutnya. Runding dengan pegawai farmasi anda jika terdapat kemusykilan.
v Baca arahan dengan teliti sebelum mengambil sebarang ubat.

Pencegahan


v Amalkan gaya hidup yang sihat.
v Makan makanan yang seimbang.
v Senam selalu.


kredit to efarmasi..

AP kater : nak bacer lebih sile google lagi eak..hehehe..demam nie rasa tak larat nak menggoogle lebih2...huhhuh..alasan kamoo jer tu kan cik AP
...(-_-)....sob..sob..sambil kesat hidung yang gatal n menggatalkan nie....doakan sy cepat smbuh yer..huhuhu...=(( ..tata...

6 5 insan yang sudi meluahkan perasaan:

Mahfuzah Husna Zulkifli said...

Salam. Wow, penuhnya ngan fakta. Sbb cuaca kebanyakannya. Klu slsma n batuk mesti lambat nak kebah. huhu

apiey said...

wsalam...hehe..copy jerh fakta tue..sje2 smbil bcer n share ngn kawn2..

kiwi said...

smoga cpt sembuh..mkn vitamin c bleyh elak selsema gk ^^

apiey said...

kiwi : Amin....thAankzz yerr..=)

oktant said...

Saya pun nak doakan awak agar cepat sembuh.

Ada satu petua. Mungkin boleh membantu awak;

- Masa amik wudhu', amalkan salah satu sunat iaitu masukkan air dalam hidung.

InsyaAllah, kalau kena selesema pun, ia takkan berpanjangan.

apiey said...

AMIN.....tq oktant.. memg slalu jgk buat mcm tue..:D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

lain2 untuk dibaca :

..