KALAU SUKA..

Sunday, November 27, 2011

salam Maal Hijrah.....1 Muharram 1433H

salam..


Nur nak mengucapkan salam awal muharram kepada semua shbt2 yang singgah di blog nur yang tak seberapa ni.. 1 Muharram nie maknanye bermulalah  tahun baru buat umat Islam di seluruh dunia. semoga tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun2 yang lepas..semoga kita juga sama2 berubah kearah yang lebih baik..disinilah titik tolak untuk perubahan..tidak perlu menunggu masa lain lagi kerana belum tentu kita dapat menemuinya lagi..wallahualam..salam Maal Hijrah,,,  :)


Sedikit info tentang Hijrah :
  1. Hijrah daripada istilah hajara, bermakna pindah.
  2. Dalam sejarah Islam : berpindah dari Mekah ke Madinah.
  3. Dalam konteks lain : berhijrah dari alam jahiliah kepada Islam dan berhijrah dari perkara yang buruk kepada yang baik.
  4. Hijrah dari Mekah ke Madinah.
  5. Merupakan titik tolak kepada penyebaran Islam secara meluas.
  6. Peringkat awal orang Islam hijrah secara bersembunyi.
  7. Peringkat kedua berhijrah secara terang-terangan, dimulakan oleh Umar al Khattab.
  8. Peringkat ketiga Nabi Muhammad dan Saidina Abu Bakar berhijrah selepas bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari dan berhijrah ke Madinah pada bulan Rabiulawal 622M.

Kepentingan Hijrah :
  •  Pusat Gerakan Islam Berpindah Ke Madinah.
    • Kegiatan dakwah Islam berkembang bebas.
    • Melepasi sempadan Mekah Madinah
  • Penyebaran Islam Semakin Meluas.
    • Ajaran Islam semakin pesat berkembang.
    • Nabi Muhammad menghantar utusan ke negara-negara lain untuk menyeru rajanya memeluk Islam contoh Byzantine dan Habsyah.
    • Islam disebarkan tanpa ugutan dan halangan daripada kaum Quraisy.
  •  Perubahan Kedudukan Nabi Muhammad s.a.w. 
    • Tidak diancam atau didera fizikal dan mental oleh kaum Quraisy.
    • Nabi menjadi pemimpin utama di Madinah
  • Pertumbuhan Umat Islam.
    •  Wujud sebuah ummah Islamiah iaitu Ansar dan Muhajirin.
    • Umat Islam semakin kukuh.
  • Penubuhan Negara Islam.
    • Madinah menjadi negara Islam pertama di dunia apabila Nabi membentuk sebuah Perlembagaan Madinah.
    • Piagam Madinah menepati ciri-ciri sebuah perlembagaan.


untuk bace lebih lanjut bolehlah singgah blog nie ea...


0 5 insan yang sudi meluahkan perasaan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

lain2 untuk dibaca :

..