KALAU SUKA..

Showing posts with label selagi aku bernafas. Show all posts
Showing posts with label selagi aku bernafas. Show all posts

Friday, October 29, 2010

kisah sikecil itu.......

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.
Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!
''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.
Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 
'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.
Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...
'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya...
"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." 

AP : kemarahan hanya membawa padah....!!

Thursday, October 14, 2010

Bila rasa itu hanya dihati...

Nukilan untuk insan tersayang :

Abah…
Saat abah  berada didepanku..
membaca naskah  berita sambil meneguk secawan kopi..
aku  merenung wajahmu…begitu  polos dan sayu.. 
tanpa kusedari,
Mataku berkaca..menahan sekelumit keegoon,
seperti aku mahu memeluk dirimu, menyatakan betapa sayangnya aku padamu..
namun..
hati seakan membeku....
Bibir terkunci.. tidak mampu menutur bicara..
lantas aku hanya terus membisu sambil menatap wajahmu...
Kugagahkan jua rasa.. tidak mahu tewas..dengan kesedihan ini..
namun wajahmu , entah mengapa begitu menggamit sayu,
betapa kasih sayang mu terpancar disebalik pudarannya  warna matamu,
pengorbananmu tersorok  dibalik kecekalan hatimu..…
aku berfikir..sampai bila aku mampu menatap wajah mu… memegang tanganmu..
dan merasa hangatnya kasih sayangmu..
seperti saat kau memeluk diriku  waktu ibu pergi dulu…..
abah…hatiku berbisik……..
andai takdir itu milikku..
aku rela pergi dulu dari merasai pedihnya kehilangan dirimu,
sepertimana saat aku  merasai kehilangan ibu didunia ini...
namun aku tahu malah pasti..
takdir itu bukan aku yang menentu...
biarlah Dia yang menentu segalanya,
aku hanya mendoakan yang terbaik untuk kita...
abah...sesungguhnya,
Hanya  dirimu yang aku sayang..
Aku  sentiasa mendoakan  dirimu..
kebahagiaanmu..kesihatanmu...
Kerana dirimu sungguh berharga untuk ku.
melebihi segala yang ada didunia ini…..

AP : Semoga abah sentiasa berada dalam keadaan sihat,ceria dan gembira dengan kehidupan ini... Angah sayang abah sangat2............

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil... Amin...

Sunday, October 10, 2010

sayang ke tak??

Best nye hari nie coz dapat mandi sungai...kitorang sefamily pergi berkelah di Sagil (kt Negeri Johor,location dekat2 area Tangkak ) tak silap aku, kira2  45 minit dari  Jasin .........ye..ye..dah lama mengidam nak mandi sungai..selalu pergi berkelah  tak dapat nak mandi koz terdapat alasan-alasan yang munasarawak..tapi hari nie, dapat peluang kembali ke zaman kanak2..tidak akan kulepaskan..wohhoo..dulu kecik2 suke sangat pergi mandi kat sungai kat kampung aku..sanggup bayar RM2 naek bas sekolah yang bawak budak2 sekolah @ geng bas sekolah  pergi sungai tue..so sweet sangat masa tue..pergi maen air dari pagi sampai tengahari..balik rumah pon biler duduk atas kerusi still rasa macam dalam air..best sangat2...misszz dats momentzz alot...hhuhuh,hari nie even ramai sangat orang  kat sungai nie ,aku memuka batukan diriku.(ahakkzz istilah baru muka batu = mandi tanpa perasaan malu...huhu ).selalunya aku memang malu la nak mandi kat tempat ramai2 orang nie tapi hari nie gelodak nafsu tidak dapat dibendung lagii..lalu aku pon masuk kedalam air dan turut menyertai adik2 aku mandi..seronok sungguh,.seyess aku tak tipu....sejam aku berendam hari nie...tapi aku sesangat sedey tengok sungai tue..da mula dicemari..kenapa ade orang2 yang tak malu buang sampah merata-rata dalam sungai..nak kate tak de tong sampah,aku tengok ader...tapi kenapa masih tanpa segan silu buang dalam dan tepi2 sungai  hahh??..tin kosong..bekas polisterin...plastik,dan macam2 lagi sampah....erm..kalu mentaliti orang ramai macam nie,macam mane lah sungai akan bersih dan indah..iklan papan tanda bukan main..'sayangilah sungai kita'..tapi sayang ker???

Saturday, October 9, 2010

aku rindu dia.......

kenapa susah betoll nak melupakan dia..dalam sume perkara kenapa harus ada ingatan pada dia..aku cuba melupakan dia namun hampir  aku masih tidak mampu..terlalu banyak perkara mengingatkan aku pada dia...dia pernah hadir dalam hidup aku suatu ketika dulu..menjadi teman paling setia yang sudi mendengar semua masalah aku..dia tak pernah jemu bagi  nasihat kat aku..pendorong aku tuk meneruskan hidup nie..yang pasti dia tak pernah mengecewakan aku walu aku selalu sangat mengecewakan dia....tapi kini semua dah berakhir..dia dah pergi dari hidup aku..semuanya sebab aku.....aku yang salah..tapi masa lalu takkan dapat kembali kan.. dia  dah jauh dari aku..ermm.....kenapa aku perlu membawa bersama  semua kenangan antara aku dan dia nie selalu eak?..kenapa aku tak mahu melupakan dia.?...kenapa aku masih mengharapkan yang dia akan  kembali seperti dulu....sedangkan  aku tahu semua nie  hanya harapan yang sia-sia....biarlah masa menentukan segalanya...  aku masih mencuba melupakan dia dan aku sentiasa mendoakan yang terbaek buat dia.....ya Allah..tabahkan lah hatiku menempuh hidup inie.,jangan biarkan aku hanyut dengan perasaan aku hingga aku melupaiMU..dan dekatkan lah hatiku pada cintaMU selalu..............Amin.....................

Friday, October 8, 2010

aku bukan tak nak berubah la........................

Kenapa ramai orang memandang serong pada orang-orang yang kurang berjaya haaa.pantang kurang pandai sikit..miskin sikit..salah sikit,ader jeh alasan tuk mengata,mengherdik,menghina..dalam agama tak dek lak ajar hina orang yang susah,pulau orang miskin,mengata orang yang tak pandai..sumer sama disisiNYA...Amalan jerh yang membezakan seseorang tue di sisi Tuhannya..bukan harta,rupa,kebolehan.kecerdikan,aku takder lak menafikan ilmu tu tak penting. Aku tahu orang yang berilmu Allah akan naikkan dia satu tingkat lebey dari orang yang jahil.. pada pendapat aku,walau ape pon kekurangan yang ader pada seseorang..mesti orang tu pon nak berubah menjadi lebey baek dari yang dia ade sekarang.pendapat korang aku tak taw la plak k...contoh macam aku sendiri,.aku tahu yang aku nie serba kekurangan...tapi aku bukan taknak berubah dalam hidup.aku bukan taknak jadi orang maju kedepan....serius aku nak [buktinyeer aku taep entry ni pon dengan muka yang serius giler].korang tanye lah sape pon kat dunia nie..adakah mereke ingin berada pada tahap yang sama dalam hidup mereke selama-lamanya..contoh.law berdiri.takkan kita akan terus berdiri terpacak jerh kat sesuatu tempat.for sure la atleast dapat melangkah kedepan satu tapak pon takpe asalkan maju kan.tapi takkan setapak jerh..bila da mula selangkah akan tambah lagi selangkah demi selangkah hinggala kita sendiri jauh meninggalkan tempat yang pernah kita berdiri tadi...hidup pon macam tue lah...kene ader inisiatif untuk terus maju walu ape cara sekalipon..dan kene ader usaha untuk memajukan diri..erm..aku pon nak maju jugak..tapi mungkin belum ade rezeki untuk aku melangkah setapak lagi ke depan dalam hidup aku tapi aku akan pastikan walau ape terjadi aku takkan patah balik ke belakang..................

susahnye nak tido malam..........

erm... sekarang baru aku perasan yang aku nie dah mula bertransformasi bertukar menjadi speasis burung hantu..mana taknyer siang aku tido malam aku berjaga..aku pon tak taw macam ner aku boleh bertransformasi sehingga menjadi salah satu ahli baru kelab beliaw speasis siburung hantu nie..mungkin sebelum nie takdeh lah ketara sangat waktu tido aku tapi sekarang aku rase aku memang takkan tido kalu jam belom pukul 2 0r 3 pagi..de jugak hari aku tak tido langsung waktu malam..tapi esoknyer mula la aku membutakan diri aku..ayah aku pon da selalu merungut tengok aku yang tak tido malam nie.......aku pon tak taw la kenapa...pergi klinik tapi doc cakap maybe stress kott.. dulu tyme belajar maybe la stress [alasan laen selain malas ngaku kat doc yang aku giler bermain ngan laptop si jangtung hati].padahal aku lah manusia paling malas study apalagi memikirkan pasal study..tapi sekarang stress per nye.. mintak ubat tido tak pernah dapat.... paling rasa sangat terseksa tyme mata rasa berat sangat koz ngantuk dan nak tido tapi badan tetap berdegil tak nak menidurkan diri...eermmmmmmmm.......betol ker aku stress eak???? maybe la kot..tapi kire ok la kan aku tak tido malam secara otometiknyer aku jadi jaga rumah nie..menjaga keselamatan mereke2 yang tido..tapi masalahnyer betoll ker aku menjaga keselamatan..?? duk asyik mengadap laptop jeh per cerita..........ermmmm[mengeluh panjang sambil mata mula pejam celik,pejam celik koz sangat2 mengantuk..]..............
p/s - jangan tiru aksi mengeluh koz tak elok mengeluh dalam hidup taw....(^_-)

Thursday, October 7, 2010

buhsan.....

bosan nyer duk kat umah ne..naseb aku la kan habis belajar tak dapat kerja..erm....tak boleh jugak nak salahkan takdir..sapew suruh aku tak berusaha cari kerja kan.?? so salah sape?? teringat lak kat sorang lecturer aku masa belajar dulu..Puan W.....ea la..masa belajar bile ade kelas jeh mula la rasa malas jeh nak pergi..tapi bersorak heppy bile tyme kelas batal...satu hari tue puan W ni cakap la kat kelas kitorang yang dia kene pergi kursus seminggu ker dia ader kerje tak silap aku...so kelas takder la..nak kene ganti awal..kitorang pon mule lah buat-buat manja dengan alasan nak mintak kelas tue tak payah ganti..hohohoh..leh lak gitu kan...lalu puan W pon cakap..tak silap aku ayat dia macam nie 'awak sume ni sekarang ea la tak nak pergi kelas..tyme awak dah habis belajar nanti bile awak tak kerje masa tue awak akan rasa best nyer tyme belajar..waktu tue awak akan rasa sampai tak tahu nak buat apa dah bile bangun pagi'..............dan sekarang aku pon merasai perkara tue..bukak jeh mata mula la fikir nak wat kerje haper hari nie..ea la..hari-hari buat kerje same jeh..bosan wehhh..huhuhu.. nak cari kerje..nak cari kerje...nak cari kerja..kerje ape eakk?????????? ermmmmmmmmmmmm,,...

Tuesday, October 5, 2010

usah bersedih wahai hati.............

Saturday, October 2, 2010

hari nie bape haribulan??????

huhuhuh...apedah...sejak duk umah ni..tarikh pon dah lupe...pagi-pagi lagi akak aku dah pergi kerja.. dalam kul 10 dia balik umah..ajak pergi umah terbuka ex-bos dia( bos pon ader ex ke..ingat kan tuttt jeh ber ex).. ..dengan penuh kemalasan aku pon tak ikut..jadi dia pon bawak la adik bongsu aku pergi join dia makan-makan dirumah ex-bos...huhu masa dia nak pergi tue..dia pon meninggalkan pesan bahawa esok kite akan pergi kenduri kawen adik bos dia sekarang........ aduyaiii malas tul la nak menghadirkan diri ke majlis sosial nie... aku pon hanya membisu kan diri sahaja..ececehh..ayat tak bleh blah tooll...
tengah relex-relex atas sofa aku pon mencapai kat jemputan kawen yang diberi akak aku beberapa hari lepas..dengan harapan nak tengok umah bos akak aku tue kat negeri mane.then konon - konon nak taw la nama bapak bos akak aku.. (eh aku nie da tak de keje laen ker haa..sampai nama bapak orang pon nak cari tahu.. memang aku nie pembizy body toll la..) aku pon tengok la dengan teliti...umah yang akan mengadakan kenduri tue satu kat negeri sembilan bertarikh 2.10.2010 n satu kat melaka 3.10.2010..tengok punye tengok entah kenapa aku menjadi keliru.. mane satu umah bos akak aku nie.. yang kat negeri sembilan ker kat melaka?? aku belek lagi sekali meneka -neka nama bapak bos akak aku..berjayakah aku menekanyer??? jeng jeng jeng...tiber-tiber aku terpikir....pe ke tak betul punye pemikiran aku..sah sah akak aku cakap kenduri esok jadi mestilah bos akak aku tue ber BIN kan..........................yang mane kendurinya akan diadakan esok hari ahad..nsib baik la hari aku ingat lagi ( adik-adik aku tak pergi sekolah maknenye hari sabtu la dan esok kompem ahad kannnn..law korang tak caye baek korang pergi cek balik.tengok kalender ker or tanya la sapa-sapa yang lebih alert pasal hari nie..)...huhuhu
tue la terperap jeh kat umah... tarikh pon da luper ker...kate tengok tv hari-hari....pe la aku nie..ishhh ishhh ishhh.. nasib ko la labu................

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

lain2 untuk dibaca :

..