KALAU SUKA..

Showing posts with label hati ini.. ERTI HIDUP. Show all posts
Showing posts with label hati ini.. ERTI HIDUP. Show all posts

Friday, May 25, 2012

kesedihan berganda..

salam..
entry ini  tribute untuk arnab2 kesayangan saya yang kesemuanya telah mati...
Ketiga2 mereka telah pergi..




arnab2 ku yang sungguh comel,..
kini tiada lagi keletah kalian..
bermain didepan mata,.
tiada lagi kalian untuk ku belai dan bermanja..
tiada lagi kalian untuk kusuapkan makanan,
tiada lagi kalian disaat aku lelah dan putus asa untuk kutatap lalu kesemua keresahan itu terbang pergi..
yang tinggal hanya bait2 memori,,.
yang membuat air mata ini menitis,,
sungguh aku rindu dan sayang kan kalian,.
biarlah mereka tertawa melihat aku menangisi pemergian kalian.
biarlah mereka kata aku bazirkan air mata untuk kalian.
kerana mereka tidak pernah sedar.,tidak pernah mengerti..
erti  sebuah KEHILANGAN...




~BEMBIE, BUNNY, BOBO DALAM KENANGAN~


setiap kenangan bersama kalian sangat indah..tak sanggup rasanya untuk ku kenang kembali..kerana setiap kali aku mengingati kamu2..aku akan menangis.. aku seakan tidak percaya kalian pergi meninggalkan aku.. benar..kalian hanyalah arnab dimata mereka..tetapi bagi ku..kalian sungguh istimewa...

 :(

Sunday, April 1, 2012

La Tahzan # jangan bersedih#

salam...
perkongsian dari seorang sahabat di fb...
moga2 dapat menjadikan kita lebih tabah mengharungi liku-liku hidup ini.
insyaAllah..

Friday, February 24, 2012

jari kita juga sebenarnya membentuk kalimah Allah...

Salam..
subhanALLAH..kadang2 sesuatu yang tidak kita sedari..

Sedarilah dan fahamilah bahawa segala sesuatu yang ada pada kita itu, adalah pada hakikatnya datang daripada Allah S.W.T. 

Renungilah peringatan dan teguran daripada Allah S.W.T  yang disebut berulang kali dalam Surah Ar-Rahman: 
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”

Sunday, November 6, 2011

memories

 
Jika kamu memancing ikan..Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu..Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.. begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang..Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya..Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja..Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu.......................

Saturday, October 16, 2010

kaitan antara aku dan Bajet 2011....

aisshh.....bosan petang semalam (15.10.2010) ....tengok tv sume sal bajet jerh..ape ntah bajet2 nie?tak minat la aku nak tengok..baek aku tengok cerita cintun ker..karton ker... haa..dah  tak der cerita menarik kat tv sangat, baek aku dengar lagu jerh..bosan la nak dengar2 bajet nie..aku bukan faham pon....full stop.... tutup tv then dengar radio.....haaa..itulah sebenarnye aku..haisshh..apalah aku nie..tak alert langsung pasal ekonomi negara nie..harap jerh aku pernah belajar account.......mungkin aku sorang jerh kat Malaysia nie yang tak suke tengok rancangan ilmiah or bila perbentangan bajet kat tv terus aku tukar channel..hohohho.kantoii sudah..tapi biler aku bukak blog aku tadi....ader la seorang sahabat blogger yang tegur aku kat shoutmix aku..tanye dah  tengok ker bajet..mula la serbe salah sambil garu2 kepala tak taw nak jawab per..hahahhaah..then dengan penuh rasa malu..jawab la ngan penuh kejujuran  belum lagi...baek kan aku... jadi aku pon terus la ker blog beliau untuk membaca ape itu bajet 2011..law u oll nak taw sila la klik sini...

Law rase malas nak klik..kat sini aku dah tolong paste kan untuk korang sedikit pasal bajet 2011 yang aku google kat internet....

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Bajet 2011, yang akan dibentangkan pada 15 Oktober, menetapkan rentak transformasi ekonomi ke arah ekonomi maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.
 "Ini akan dicapai melalui empat tonggak agenda transformasi negara, iaitu Konsep 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10), katanya semasa berucap di Perundingan Bajet 2011 di Putrajaya.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata bajet kali ini akan mengaktifkan Lima Teras Strategik yang digariskan di dalam RMK10.
 "Ini melibatkan mentransformasikan Malaysia menggunakan kaedah Bidang Hasil Utama Nasional (NKRA), meningkatkan pertumbuhan ekonomi, yang merangkumi pembangunan sosio ekonomi, memajukan dan mengekalkan asas bakat dunia pertama serta meningkatkan kualiti kehidupan," katanya.Untuk mencapai sasaran pertumbuhan itu, Najib berkata sektor swasta akan menjadi pemacu utama manakala kerajaan memainkan peranan pemudahcara.
"Kita perlu bekerjasama sebagai satu pasukan, di dalam semangat 1Malaysia, untuk merangsang ekonomi negara."
"Masalah semasa tidak dapat diselesaikan menggunakan pendekatan lama. Kita perlukan strategi yang berani, kreatif, inovatif dan kompetitif untuk membawa kita ke paras pembangunan lebih tinggi.

"Kita perlu mengubah cara kita berfikir untuk mendapatkan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah kita. Satu perubahan cara berfikir perlu dilakukan."
Najib berkata tema Perundingan Bajet tahun ini ialah Bersama Berusaha Mencapai Ekonomi Berpendapatan Tinggi.
"Kita telah berjaya mengharungi krisis ekonomi. kita tidak akan berjaya tanpa keyakinan sektor swasta dan usaha anggota perkhidmatan awam melaksanakan pakej rangsangan serta sokongan rakyat."
"Marilah kita berusaha lebih gigih dan bersama-sama memacu negara ini ke paras pertumbuhan lebih tinggi dan kemakmuran. Kita telah berjaya melaksanakannya sebelum ini dan saya berkeyakinan kita akan berjaya melakukannya sekali lagi dan dengan hasil yang lebih baik."
Proses perundingan bajet ini bermula dengan permintaan bagi mendapatkan memorandum dari komuniti perniagaan, NGO, badan profesional, akademia dan kumpulan pemikir untuk mendapatkan pandangan masing-masing.
Najib berkata kementeriannya telah menerima 64 memorandum yang meliputi pelbagai spektrum makro, sektor dan isu sosial yang meluas.

- Bernama

bila hati berbicara........

Hari nie aku duk pikir ape lah yang aku nak post lam blog aku nie..ea  la..nak kene hupdate blog hari2..tapi idea dah berkurang..pikir punyer pikir macam nak stress pon ader..tapi pikir secara rasional..tak kan sebab blog pon nak stress bagai.....jadi aku pon just merelexkan diri aku sebentar.. sambil pikir apa tujuan asal aku buat blog nie.. apa tujuannya?
-aku nak meluahkan apa yang aku rasa..law orang nak bace aku tak kesah n aku menghargainya..
-aku rase blog nie sesuatu yang sangat menarik..ade tarikan tersendiri..so aku pon teringin la nak  blog sendiri..
-nak kongsi sesuatu dengan orang laen..mungkin sesuatu yang simple tapi boleh dijadikan panduan..
 jadi  kepada sesiapa yang sudi membaca blog nie..aku ucapkan ribuan terima kasih....
aku tulis berdasarkan apa yang aku rasa dan aku harap u oll enjoy bacer apa yang aku tulis even kadang2 aku mengarut..hehehe.......k..see yaa next tyme...

Thursday, October 14, 2010

Bila rasa itu hanya dihati...

Nukilan untuk insan tersayang :

Abah…
Saat abah  berada didepanku..
membaca naskah  berita sambil meneguk secawan kopi..
aku  merenung wajahmu…begitu  polos dan sayu.. 
tanpa kusedari,
Mataku berkaca..menahan sekelumit keegoon,
seperti aku mahu memeluk dirimu, menyatakan betapa sayangnya aku padamu..
namun..
hati seakan membeku....
Bibir terkunci.. tidak mampu menutur bicara..
lantas aku hanya terus membisu sambil menatap wajahmu...
Kugagahkan jua rasa.. tidak mahu tewas..dengan kesedihan ini..
namun wajahmu , entah mengapa begitu menggamit sayu,
betapa kasih sayang mu terpancar disebalik pudarannya  warna matamu,
pengorbananmu tersorok  dibalik kecekalan hatimu..…
aku berfikir..sampai bila aku mampu menatap wajah mu… memegang tanganmu..
dan merasa hangatnya kasih sayangmu..
seperti saat kau memeluk diriku  waktu ibu pergi dulu…..
abah…hatiku berbisik……..
andai takdir itu milikku..
aku rela pergi dulu dari merasai pedihnya kehilangan dirimu,
sepertimana saat aku  merasai kehilangan ibu didunia ini...
namun aku tahu malah pasti..
takdir itu bukan aku yang menentu...
biarlah Dia yang menentu segalanya,
aku hanya mendoakan yang terbaik untuk kita...
abah...sesungguhnya,
Hanya  dirimu yang aku sayang..
Aku  sentiasa mendoakan  dirimu..
kebahagiaanmu..kesihatanmu...
Kerana dirimu sungguh berharga untuk ku.
melebihi segala yang ada didunia ini…..

AP : Semoga abah sentiasa berada dalam keadaan sihat,ceria dan gembira dengan kehidupan ini... Angah sayang abah sangat2............

Maksudnya: Ya Allah, ampunilah segala dosaku, dan (dosa) kedua ibubapaku, dan rahmatilah keduanya sepertimana mereka mendidikku pada waktu kecil... Amin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

lain2 untuk dibaca :

..