KALAU SUKA..

Friday, October 29, 2010

kisah sikecil itu.......

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.
Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.
Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!
''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.
Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .
Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.
Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.
Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. 
'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.
Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.
Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...
'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya...
"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." 

AP : kemarahan hanya membawa padah....!!

Wednesday, October 27, 2010

Symptom symptom demam paling bahaya ...**untuk student sahaja........

Seram sejuk aku rasa bile aku tengok rata2 kawan2 kat muka buku aku tue semua dah dijangkiti demam paling bahaya  musim nie ( ahakkzz kasi suspen sikit..)...ingat tyme aku muda remaja dulu..[ tua dah ker aku?? ermmmm] ....pergi mana2 sahaja or buat pape pon mesti akan dengar bisik2 manja ingatkan pasal demam nie...bile nak merewang jap mesti ada kawan2 pesan 'jangan'  koz nanti membahayakan kesihatan dimasa depan..jadi terus tinggalkan aktiviti luar rumah n mula memerap dalam bilik @ hostel jerh..ermm........aduyaii..gelabah juga tyme  tue  law demam musim nie sampai..mau habis nasik berpinggan2 disentap tanda hati riso..mulalah buku bacer aku  tyme nie..huhu...erkk..itu dulu la..sekarang tak lagi....demam apeer??? u 0ll xtaw ker or buat2 tak tau....apalagi kalau bukan demam final exam........memandang kan sekarang nie dah sampai musim exam  kan..bukan sahaja  mahasiswa/siswi IPTA/IPTS waima budak sekolah pon jointventure sekaki.........haaa untuk u oll yang takut dijangkiti tue....jom lekas2 check symptom2 agar u oll tak sempat menghidap demam nie..okehh...or kalu sesapa yang dah dijangkiti tue...hope korang leh alert dengan symptom2 laen  agar demam korang tak melarat..Kalu dah teruk cepat2 la berubat eak..........

  1. Membaca tanpa menghiraukan sekeliling. Yang kepoh jadi pendiam. (orang masuk keluar bilik pun tak perasan, kalau orang tanya pun muka pandang nota je, jawab pon nak tak nak. Kalau jalan-jalan tersepak batu tu, reaksi dia lambat sikit. Sebab otak full load )
  2.  Membaca dengan kadar yang cepat. (entah faham ke tak belakang kira, sebab nak jawab subjektif, hentam pon boleh, yang penting ada point nak goreng )
  3. Nak turun café tu fikir 2,3 kali. Tak pun sekali sehari je. Tu pun bungkus cepat. Jimat masa makan kat bilik. Sambil makan boleh membaca apa yg patut.
  4.  Time nak exam baru laaa nak full semayang. Solat sunat sampai nak batal air sembahyang. Doa macam-macam. (dan dan jerh.... tapi alhamdulillah)..
  5.  Agak yang nak mereng tu start la nak bukak mp3 volume paling sakit telinga. Tapi time ni memang tak sakit telinga. Sebab sakit otak lebih dari sakit telinga.
  6.  Masa tidur pon boleh terbayang-bayang yang baca tadi (ada tu siap ambik handout letak tepi bantal.) Moga-moga dapat buat daya serapan terus lagi bagus.
  7.  Masa borak dengan kawan pun cakap pasal pelajaran je. (ni part tak leh blah la... Time mandi pun ada yang tanya-tanya... Dahsyat.)
  8.  Kalau main SMS  tu balas sikit2  je. Pendek-pendek... Tak de mase nak fikir taip panjang-panjang.
  9.  Sebab nak exam duduk dalam bilik je. Mengadap handout, buku, nota-nota. (jadi beruang kutub, sampai rambut serabai pon tak perasan) selalunye merayau pegi bilik orang. Tak pun kluar. Pegi  main bowling lah. Tengok wayang lah. Pantang ade mase terluang.
  10.  Nak buang sampah pun terbawak pen... (ni kes cuak sangat ni)
  11.  Agak2 stok meggie tu habis kot untuk orang yang gila study. Jimat masa nak turun cafe  masak air je pastu letak meggie.. Kalu  budak2  pandai sikit tak makan meggie... Minum milo. Makan biskut hup seng ke, nestum ke. Roti memang dah prepare dah. Suruh member beli.
  12.  Nak bukak facebook rasa tak senang gila. Perghh. Membazir.masa. (time ni memang tertekan gila. Kena berperang dengan diri sendiri nak bukak facebook, formspring,blog . Sebab laptop depan mata. Kabel/wifi kat sebelah je. Exam minggu depan. Nanti duduk depan facebook memang buku OFF9 terus.)
  13.  Time ni lah baru bukak buku tebal. Bukak kamus tu yang tak tahan tu. Masa lecture dulu tak faham tak de hati pulak nak bukak kamus kan..
  14. Asyik-asyik tengok jam je. Sampai tak cukup jam handphone, jam tangan. Tanya lagi member sebelah. Haihhh. Keliru sangat budak nih.
  15. Stok Nescafe, kopi tongkat ali, kopi mak dara, cucu dara semua memang ade lah. Nak stay up.
  16. Hah. Ni memang sure. Meja studi bersepah gila. Mana dengan highlighternya. Pen biru, hitam , merah. Kertas-kertas memang confirm bersepah punya. Agak2 ade nota yang hilang tu mula nak naik angin. Buku semua terbukak. Kalau ada buku tambahan dari library tu semua nak dibukaknya serentak. Ada tu 4,5 buku serentak bukak.
  17. Masa ni lah status facebook, blog “mintak maaf. Doakan exam nanti”
  18. Muka blurr je. Sebab otak dah full tank. Makan sorang-sorang pon dah tak heran. Sebab tak nak membazir mase lepak ramai-ramai. Nanti ade je bende nak borak.
  19. Kalau nak cakap pon tersasul-sasul... Salah cakap. Pastu cakap benda merepek je. Muka dah la cam zombie. Cakap merepek-repek sebab otak fikit handout, nota tak baca lagi vs nak jalan-jalan. Nak borak-borak. sampai satu tahap rasa nak rebus buku dengan handout semua... lagi merepek die cakap sebenarnye, lagi banyak topic die tak cover tu.
  20. Time ni jugak lah baru terfikir kenapa lah aku tak study awal2. Kan senang. Haihh. Pastu ada pulak yang buat azam untuk semester depan. Tak nak buat dah macam sem sekarang. *padahal tiap2 sem azam sama. Tak berubah gak. Tak pun menjadi semangat dia masa awal sem je. Sampai minggu ketiga dah hancuss..
  21. untuk blogger2 tue..tyme nie dah stop pikir en3 baru koz sibuk pikir pasal exam yang akan tibe.....wohoo!!

AP : Gud luck diucapkan kepada mereke2 yang nak amik exam ........xspecially blogger2 yang singgah membaca en3 nie...jangan tension2 k......

13 signs u're falling in luv......

  •  u can't stay mad at him/her 4 more than a minute or two. u actually have to try hard to stay mad.
  • U'll read his/her sms or email over n over again.
  • U'll walk really really slow while u're with him/her..
  • U'll fell shy whenever u're with him/her.
  • while thinking about her/him ur heart will beat faster n faster...
  • by listening her/his voice u'll smile 4 no reason..
  • while looking at him / her ..u can't see de otherz people around u..........u can only see dat person.
  • U'll start listening to slow songs..
  • he/she becomes all u think about...
  • U'll get high just by their smell..
  • U'll realize dat u're always smiling to urself when u think of them..
  • U'll do anything for him/her...
  • wHile reading dis... there was one person on ur mind the whole tyme...
 AP : errkk....who is dat??? ~ as i look into your eyes,  i see all the reasons why, my life's worth a thousand skies, you're the simplest love i've known, and the purest one i'll own, know you'll never be alone ..my baby you, are the reason i could fly and 'cause of you i don't have to wonder why baby you, there's no more just getting by , you're the reason i feel so alive though these words i say are true, they still fail to capture you ,as mere words can only do how do i explain that smile and how it turns my world around keeping my feet on the ground.............wink!!!!

Tuesday, October 26, 2010

pembohongan seorang ibu...........

Memang sukar untuk org lain percaya, tapi  itulah yang berlaku. Ibu saya  memang seorang pembohong! Sepanjang ingatan saya, sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk menjadi renungan anda semua........


salam sejahtera ke atas u oll yang sudi membaca kat blog nie....kat atas tu adalah petikan dari sebuah kisah yang aku bacer sebelum nie dalam satu email yang dikirim oleh seorang kawan..... baru2 nie bile bukak FB.. aku terbaca lagi sekali cerita nie..n malam nie aku nak share ngan u oll cerita tue..maaf koz aku tak pandai pulak nak mengarang cerita....aku harap u oll leh amik sebagai pengajaran untuk kita bersama......ok.sambung balik bacer cerita nie  k........


PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.
Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk. Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar."

- PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.
Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.Saya sedih melihat mak seperti itu. Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan." 


PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur. Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk. Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi." -




hari nie aku post 3 pembohongan ibu dan sambungannya  aku akan post di entry yang akan datang...hope u oll sabar menunggu k...

AP : 'aku' dalam cerita nie merujuk kepada pengarang asal cerita nie...Wallahualam....

Monday, October 25, 2010

heppy sunday~

tajuk entry heppy sunday..tapi yang pasti tak de lah heppy sangat pon...ermm..malam nie rasa tak de mood nak menghupdate blog..ingat nak tido tapi mata tak mengantuk....entah la kenapa sejak dua menjak nie aku selalu tido lewat......terseksa aku rasa..nasib baek la ada peneman yang sudi teman aku bermesej-mesejan dimalam hari..hohohoh...terima kasih kepadamu temanku.!!.... tadi tengok cerita SEPI..mungkin cerita ni dah lame.tapi aku still suka tengok..entah berapa kali dah aku tengok tapi aku still akan tengok kalu ditayangkan kat tv.best cerita dia..kreatif dan sungguh kritis........Malam nie juga ade  Festival Filem Malaysia....aku tengok gak..gilir2 ngan cerita Sepi....congrats kepada pemenang2 yang dapat Anugerah....xspecially Pengarah terbaik - Syamsul Yusuf ( Evolusi KL-Drift 2 ).. n filem terbaek - Magika....(Norman,Edry n Yusri).... ok la.sebagai maklumat jerh untuk pembaca blog aku..maybe u oll dah taw..n maybe ade jugak yang tak tau kan.....nak taw lebey2..sile google sendiri k..koz aku taw u oll memang rajin menggoogle di google kan....k la...stop sini koz mood semakin berkurang nie......C yaa next tyme...peace!!!

Saturday, October 23, 2010

cerita terhebat di pasaran,,!!

salam sumer.......okeh ..hari nie...aku nak kongsi ngan u oll satu cerita yang aku dapat dari seorang kawan.....maybe cerita ni u oll dah pernah bacer tapi aku tak kesahh..aku nak share jugak tuk sama2 kita baca dan jadikan panduan...kerana tak salah berkongsii......kerana kongsi itu kan sesuatu yang  manis....manis itu madu....madu itu.......arrgghhh......mula dah nak merapu......tak mou..tak mou..tak mou merapu dah...nak jadi 'budak' baekk....huisshh....mengaku budak lak kan...ermm..pape pon layan jerh la k...


Di kesibukan sebuah kota yang terkenal dengan kehandalan di medan peperangan, terdengar hingar-bingar orang di sana sini menjaja apa sahaja yang mereka ada.
 "Murah-murah...lembing ini kayunya kayu kokka, terkenal khasiat zaman berzaman, runcingnya besi tembaga, tikaman pasti ke kuburan...!!" "Mari-mari beli ini pedang, sekali hayun terbelah dua, acapkali diguna sang badang, buat senjata memburu naga...!!" Demikian berpantun-pantun mereka menjaja alatan senjata untuk kegunaan pemuda perajurit di medan pertempuran.  Di tengah-tengah kebingitan itu, lalu seorang hamba Allah yang warak sedang memerhatikan gelagat manusia. Akhirnya terpaut hatinya pada seorang lelaki yang menjaja alatannya tadi.   "Mari-mari datang ke sini, andai terlepas pastinya rugi, hamba kembara seluruh negeri, menjaja hanya pada yang sudi."  "Di tangan kanan hamba perisai sakti, dicurah air gunung Indera puri, menahan segala yang dengki, tiada tercalar merekah apatah lagi."  "Pedang keramat di tangan kiri, disadur racun berbisa sekali, membelah sebarang sudahlah pasti, boleh mencuba kalau berani." Pendek kata, lelaki ini mempromosikan pedangnya yang dikatakan mampu membelah apa sahaja, dan perisainya yang mampu menahan apa sahaja serangan.  Terpaku orang ramai mendengar kehebatan kedua-dua senjata itu, tapi hendak memilikinya bukan kemampuan kerana harganya melampaui jangkauan, hanya yang mampu mereka yang hartawan. Ketika orang ramai masih kagum dengan kehebatan senjata itu, hamba Allah yang warak itu keluar daripada kelompok orang ramai dan tampil ke hadapan berjumpa dengan lelaki tersebut.
Dia berkata "Saudara, jika benarlah seperti yang digembar-gemburkan itu, maka cubalah belah perisai saudara dengan menggunakan pedang di tangan yang satu lagi itu." Ungkapan hamba Allah ini membuatkan lelaki ini terdiam, dan sedikit demi sedikit orang ramai meninggalkan dia yang tersentak di situ.





Moral : Jangan bermanis mulut sehingga berlebihan dalam mengkhabarkan sesuatu perkara....okehh!!

Friday, October 22, 2010

bila Al-Quran mula berbicara......


Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudhu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari..
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra, 
Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi stormu.
 Kadang kala Aku dijadikan mas kahwin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....
 Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau abaikan dan engkau lupakan...
 Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca  pembuka surah2ku (Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke station radio kesukaanmu
Mengasyikkan.
 Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar muzik kegemaranmu,
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

 Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran television...
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekadar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
 Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu..
 Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba.
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t
 Sekarang engkau begitu mudah  membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
 Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
 Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
dalam bisu dan sepi...

 AP : renung2kan dan selamat beramal.. :) untuk renungan bersama.....InsyaAllah..

Thursday, October 21, 2010

cara ubati kekecewaan........

haii........malam sumer [coz aku menaep entry nie diwaktu malam k..]..pernah tak korang rasa kecewa??? ermm..bagi sesiapa yang tak pernah tue..bagi aku mereke2 itu tak normal or insan paling kuat menipu.. tapi tyme korang kecewa..jangan lak hantuk2 kepala kat dinding  lak..nanti kepala u oll yang sakit..dah lah hati sakit..itu boleh menambahkan lagi kesakitan pada diri u oll....and u oll jangan la pulak  jerit2 or  nyanyi lagu 'unbreak my heart' kuat2 sampai satu kampung @ bandar dengar... ..nanti dikuatiri dianggap sewell oleh jiran2 lak.....banyak cara untuk atasi kekecewaan taw....okeh tuk ari nie aku nak share ngan u oll 9 cara ubati kekecewaan.....amat mujarab untuk mereka yang sering kecewa seperti aku.wohoo!!

  1. terima kenyataan apa yang berlaku dengan redha.. kalu tak terima pon itu semua dah berlaku kan..
  2. fikir hikmah disebalik kejadian.. apa2 yang berlaku mesti ade sebab kan.
  3. luahkan apa yang terpendam kepada orang yang dipercayai.. jangan pulak diluahkan di dinding2 toilet.bus stop.. or dinding2 bangunan lak koz mereke2 itu tidak boleh dipercayai..hohoho
  4. beri tumpuan pada hidup anda..Rancang masa depan... jangan lah kecewa sampai tak leh nak wat keje laen k..
  5. lakukan aktiviti yang menggembirakan anda.. haaa...nie nak nangis pon okehh law u oll rasa heppy menangis k..ahakkzz penpandai jerh akuhhhh......
  6. bercuti untuk tenangkan fikiran..... law mampu pe salahnye.....
  7. eratkan hubungan kekeluargaan agar rasa lebih dihargai..... family first okehhh..
  8. berusaha menjadi lebey baek dan mencapai impian...
  9. berdoa kepada ALLAH S..W.T agar anda menjadi insan yang cemerlang dan bahagia.... ini yang terpenting!!!!!!!
ingat u oll....kekecewaan adalah kemanisan hidup nie!!!

Wednesday, October 20, 2010

NO entry....





Aku ingin sekali mereka mengerti bahawa aku bukan insan yang sempurna........
Dan aku juga ingin mereka fahami yang sangat sukar untuk aku memahami mereke seperti mana sukarnya  mereka untuk memahami aku........
Aku perlukan waktu untuk mengenal diri aku sebelum aku bisa membuka ruang untuk mereka mengenaliku...
kerna waktu ini aku masih tidak mengenali siapa aku yang sebenar.......

ketakutan yang melampau........??

Selamat sejahtera keatas kamoo wahai pembaca diblog ini...Syukur hari nie u oll masih ada dan berpeluang membaca entry aku nie..wohoo!! cam bagus kan ayat...hhuhuhuh......
Untuk kali nie aku nak merapu pasal  perangai  manusia..... manusia nie ada macam2 ragam.pelik...
ea lah..ada yang takut lipas la..cicak la [itu aku..]..takut kat pepatung..belalang..kucing..arnab..anak patung..gelap..bunyi....air....erm..macam2 lagi la ketakutan yang memelikkan bagi mereke2 yang tak takut itu sumer.......sekali nak tergelak koz lawak pon ade..erm..tapi  kalau tak biasa rasa  geram pon ader......contohnyer.. ade la seorang budak umor dalam [4 tahun lebey ]  yang aku jumpe masa aku balik Kelantan baru2 nie...actually my saudara gak la..[anak kepada kazen ayah aku] ...pada raya Aidilfitri yang lepas  coz attended  satu kenduri.. family n aku sampai dekat rumah nenek sedare aku  agak lewat aroud pukul 9 lebey tyme tue......n malam tue pulak ditakdirkan  bekalan elektrik putus.....si budak kecik nie menangis lah koz takut gelap..so terpaksa lah pasang lilin letak depan dia.tue tak pe..consider gak la budak kecik takut gelap kan....then..bila elektrik ader.. dia okeh..pastu sorang kazen aku umor 4 tahun lebey gak,  maen2 la ngan botol air plastik yang dah kosong..tibe2 budak nie menangis sebab takut bunyi tue....aduyaiii....bunyi botol kosong yang dikemek2 pon nak nangis..so aku pon berbaek hati pujuk la budak nie..si kazen aku nie jenis nakal sengaja datang maen depan budak tue..wohhooo...semakin kuat la dia nangis..so aku suruh la si kazen aku stop dari maen botol tue..then mak dia cakap.. yang anak dia nie memang penakut..air.tinggi..bawak kereta laju sikit pon takut..[itu same to me..]..hahaha..safety first kan.........then banyak lagi la mende2 yang dia takut.........susah gak kan kalau begitu....imagine kalaw dia sampai besar takut macam tue,???  teringat pula  masa aku industrial traning dulu..ade kawan aku sanggup tak masuk dalam toilet koz nampak lipas kat dalam tue!!!...heeheheh.....
haaa..u oll ader ker terlampau takutkan sesuatu???

AP : sanggup tak tido kalau nampak cicak kat syiling...ggggrrrrrr

Tuesday, October 19, 2010

15 sebab turunnya bencana........


Hari nie aku nak kongsi dengan u oll 15 sebab turunnya bencana...di dunia ini...... kalau kita tengok hampir semua sebab yang dinyatakan memang jelas berlaku pada masa sekarang.....


Hadith yang diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Saidina Ali karamalLahu-wajhah dari Rasulullah S.a.w  yang bermaksud; "Apabila umat-umat aku melakukan 15 perkara, maka layaklah mereka ditimpa bala iaitu:
  1. Apabila harta-harta yang dirampas diagihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
  2. Apabila sesuatu yang diamanahkan itu dijadikan sebagai hak milik.
  3. Apabila Zakat yang dikeluarkan sebagai penebus kesalahan (kerana terpaksa).
  4. Apabila suami mentaati isterinya.
  5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapanya.
  6. Apabila anak-anak lebih memuliakan rakan dan memandang hina terhadap kedua ibu bapanya.
  7. Apabila kedengaran suara-suara bising (bersembang hal keduniaan) di dalam masjid.
  8. Apabila ketua sesuatu kaum terdiri daripada orang yang hina diantara mereka.
  9. Apabila dimuliakan seseorang semata-mata takutkan tindakan buruknya.
  10. Apabila arak sudah menjadi minuman biasa.
  11. Apabila lelaki sudah berminat untuk memakai sutera.
  12. Apabila perempuan-perempuan dijemput untuk menyanyi bagi menghiburkan kaum lelaki.
  13. Apabila perempuan-perempuan memainkan alat-alat bunyian (muzik).
  14. Apabila generasi terakhir daripada umat ini mengutuk umat yang terdahulu.

Maka pada saat itu, tunggulah kedatangan bala yang berupa angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang amat dasyat atau tanaman yang tidak menjadi"
 
Rujukan : Islam Dan Anda (Abu Hassan Din Al-Hafiz)


Semoga dapat dijadikan panduan kita bersama..InsyaAllah......


Monday, October 18, 2010

Maher Zain.......InsyaAllah.....

Kenal kah u oll ngan Maher Zain nie?? untuk makluman u oll. Maher Zain nie bukan lah adik beradik kepada Ziana Zain or Anuar Zain.Beliau merupakan artis yang berasal dari Lubnan..yang menyanyikan lagu irama  nasyid kontemporari....harinie aku nak share ngn u oll lirik lagu artis yang menjadi fenomena kat Malaysia sekarang....sorry lah koz aku just dapat hupdate lirik jerh..al-maklum lah kesukaran aku nak mengupload video or lagu kat blog nie.....so hopely  siape yang suka lagu nie...leh la miming sakan sambil dengar lagu nie eak..cam aku selalu wat.wuuhuuu..syiookk tue miming...nak nyanyi guna suara takut hujan lak..nanti jiran2 dengar apa pulak kate mereke..almaklumlah..suara kan aurat..[uishshh...AP sok.sok..baekk!! means = pura2 baekk...]yer ke tak terjemahan bahasa aku tue....k la..tak mau melalut lebey2 koz malam nie niat nak tido awal...esok banyak kerja kat opis menunggu..[baju kene basuh,jemur,lipat.sapu sampah..masak. n so on....banyak betoll kerja kat opis ku itu..haissshhh.]..ini dia lirik lagu seperti yang diwar2 kan kat atas...,.,InsyaAllah by MAHER ZAIN,.,...

Everytime  u feel like u cannot go on.
u feel so lost, that ur so alaone,
all u see is night and darkness all around,
u feel so helpless..
u cant see which way to go.......
don't despair and never loose hope,
cause Allah is always by ur side....
InsyaAllah...InsyaAllah....InsyaAllah.......
InsyaAllah  u'll fine ur way.

everytime u commit one more mistake
u feel u can't repent
and dat its way too late
ur're  confused,
wrong desicions u have made
haunt ur mind n
ur heart is full of shame
don't despair n never loose hope
cause Allah is always by ur side.....
InsyaAllah..InsyaAllah......InsyaAllah......
InsyaAllah ur'll find ur way..

InsyaAllah.......InsyaAllah......InsyaAllah.......
InsyaAllah u'll find ur way..
turn to Allah..
He's never far away.
put ur trust in Him..
raise ur hand n pray
oooo Ya Allah..
guide my steps
don't let me go astray
ur're d only one
dat showed me da way,
showed me da way...showed me da way..
InsyaAllah...InsyaAllah..InsyaAllah...
InsyaAllah we'll find da way.......

AP : hopely one day i'll find my way...thankz  Allah..for all da things U gave to me......

satu kenangan.......

Berjiwa lak malam nie dengar lagu kat radio..rasa cam dalam hati ade taman jerh..hahaha....mendayu2 jerh lagu yang aku dengar nie..teringat lak masa zaman2 belajar kat hostell dulu..suka sangat wat keje ker hape ker sambil dengar radio or lagu dalam henset...nak dijadikan citer ntah kenapakah satu hari tue aku  pergi kelas sambil dengar lagu dalam henset aku dengan menggunakan hearfon .[betoll ker ejaan 'hearfon' tue.??..kompius sikit..biarlah..hope u oll faham k ape itu 'hearfon'] .....
So pagi tue, aku pon jalan la ngan kawan aku..Kitorang  berjalan berdua-duaan menuju ke kelas dengan romantiknyer..setapak demi setapak...untuk pengetahuan u oll,..kawan aku ni  perempuan k...huisshh..jauh betoll nak sampai ke kelas aku rasa.......
Sebelum memulakan perjalanan pada pagi itu [skema sikit ayat] aku pesan la kat kawan aku nieyh :

AP :...ko  jangan cakap ngan aku taw..koz aku tak dengar.....aku nak dengar lagu pakai 'hearfon'  nie..
kawan aku : okehh......

Jadi sepanjang perjalanan aku dan dia hanya melayan bluess masing2..
Tiba-tiba..................
bedebukkkkkkkkkkk......kenapakah?? apakah yang terjadi?? rupe- rupenyer...........................
Buah nangka jatuh daaa.....siapakah itu.???
aku sedar2 aku dah jatuh koz kaki aku tersadung lantai yang tinggi sikit..tak perasan lak kat situ lantai dia tak sama tinggi..huhuuhhu...aduhh..terjadi superwomen lak..jatuh tertiarap then koz baju yang aku pakai tue agak licin aku sedikit tergelongsor ke depan..huhuhu...kawan aku nie bukan nak tolong aku..gelakkan lagi ada..pastu aku pon cepat2 bangun then terus kan jalan seperti biasa.tak dek dah nak menoleh kiri kanan dah...nasib baek la tak ramai orang tyme tue..sampai kelas.. kawan aku nieh tak habis2 nak nyakat aku.......sebab jatuh..mula2 rasa nak marah gak tapi lame2 aku pon join gelak skali..hahaha..terus fobia nak jalan sambil dengar lagu pakai hearfon' dah..tapi sekarang still  suke lagi jalan sambil dengar lagu pakai 'hearfon'....hohoho.....tiap kali lalu kawasan tue aku berhati2 nak melangkah..takut jatuh macam dulu......even dah habis belajar kawan aku still sakat aku pasal hal nie.hohohoh..sampai hati kamu...
inilah satu kenangan yang aku tak leh lupe......huiss...malu seyhhhh..........

Sunday, October 17, 2010

serba tak kena...................

aduyaaii...untuk kesekian kalinya aku mengeluh  didalam blog nie.......hari nie hari ahad yang paling tak best untuk aku.......da worst day 4 me...hukhukhuk.......kenapakah??.. dah lah tadi aku merajuk pasal sambal sotong.......sape suruh aku sengal sangat kan..padan muka aku.......(T_T)
pastu dikeheningan petang pulak kene marah lak dengan akak aku..hukhukhuk..kenapakah pulak..sekali lagi sebab kesengalan aku...............padan muka aku lagi sekali.......
dan malam nie......aku sungguh tak suka kat seorang makhluk  ne  yang mengkomen kat  FB aku sesuka- suki hati dia...erm..wahai manusia itu...aku tak suka la  nak komen-komin dengan engkau......leh tak engkau pergi komen dekat wall orang laen...rase nak remove jerh engkau dari jadi kawan aku......tapi kesian pulak......wajarkah aku meremoved beliau....??? ermmmmmmmmmmmm.......

sambal sotong

aiii..kenapakah entry aku hari nie berkaitan sambal sotong?? adakah aku ingin memasak sambal sotong?
dimanakah akan ku masak sambal sotong itu??apakah ramuan yang perlu untuk memasak sambal sotong?
berapakah kos membeli sotong2 itu? siapakah yang akan makan sambal sotong itu?bagaimanakah caranya untuk memasak sambal sotong itu............. haisshhhhhhhhhh..stop..stop...ini bukan blog masakan k... walu aku pandai jerh nak masak sambal sotong tetapi ia tidak akan dimasak di blog ini...wohhhooooo!!!!
tapi kenapakah entry nie bertajuk sambal sotong...... ermm....sebabnye........................
hari nie aku kesengalan merajuk sebab sambal sotong!!!.. 
hohoho...........................dah tua2 pon nak merajuk ker,,, tapi kenapakah???
kerana............................
haishh..sibuk jerh nak taw kenapa aku merajuk.............
nak sambung merajuk balik nie....hhhhmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Saturday, October 16, 2010

bila aku mula merapu.........

susah rasenye bila takdek kenderaan..tak leh nak kuar rumah sesuka hati..law rasa nak pergi makan aiskrim ker...cendol ker..ABC ker mesti kene fikir 2000xxx kali...uitt..banyak kali betull tue kene fikir...u oll mesti tak tertanye2 kenapa aku cakap nak keluar makan aiskrim..ABC..cendol..,,,itu kerana I LIKES......yummy..yummy..........sila ambil perhatian dan kepada sesiapa yang rasa2 nak belanja aku makan sila belanja menu2 diatas sahaja kerana aku pasti suka......hoho..berbalik kepada tujuan entry aku tue...sebenarnya.. aku rase paling mushkil bin ajaib  biler orang yang ade kenderaan tapi tak taw nak bawak...upss...sorry la law de yang terasa...bace dulu ape yang aku nak taep nie...maksud aku yang lebey mendalam ialah.. ader lesen kenderaan... lulus dengan jayanya,,..tapi nak pergi mana2 tak boleh..koz tak pandai nak parking.... takut koz banyak sangat kereta @ motor2...contohnyer macam seorang hamba Allah yang aku kenal nie.. ader kereta..boleh pergi kerja balik kerja ngan kereta..tapi biler ajak pergi mana2, tak boleh koz tak pandai parking..sumpah ini cerita betoll dan orang tue tak tipu aku..tapi dia dah 2 tahun lebey ader lesen dan bawak kereta..dari Melaka ker Pahang pon lepas taw.. siap boleh bawak laju2 lagi dekat highway..ader ke yang bawak slow kat highway..tapi kenapakah beliau masih tidak pandai nak parking  kereta???.susah sangat ker nak parkir kereta tue?? . ermmm..ader gak eak macam nie........biasa lah.. manusia kan macam2 ragam. tapi aku still nak memushkillkan diri aku....hahah.....

10 fakta mengenai makluk pelik bergelar...........

hey ladies..hari nie aku nak share tentang 10 fakta  mengenai makhluk pelik bergelar.....LELAKI yang aku pernah baca..erm...mungkin u oll tertanya-tanya kenapa mesti pasal lelaki....jeng..jeng..jeng..sebabnye aku nie perempuan..mesti la tarikan pada lelaki lebey sikit..hoohoho...mengatal berkali2 eak 'aku pencerita' dalam blog....hope u oll dapat la info serba sedikit mengenai makluk 'pelik' nie....pada insan bergelar lelaki tue..betoll ker tidak fakta nie..korang jawab la sendiri......

  • ilmuan lelaki ulung didunia seperti Aristotle, Charles Darwin,Moses dan Sir Isaac Newton mempunyai satu kelemahan yang sama iaitu gagap!! [sa..sa...sa...sayangku mengapa...upss..ternyanyi lagu stacy la plak..]
  • lebih dari 50% lelaki sebenarnye cukup gemar memakai seluar dalam yang berwarna putih......erkkkk ??
  • lelaki sebenarnya kurang mengerti andai si gadis menyampaikan sesuatu hanya dengan membuat mimik muka sahaja. [  better  terus-terang jerh  gurlzz!!! ]
  • lelaki sejati tidak akan bergaul atau rapat dengan lelaki lembut atau gay secara langsung atau tidak..[may.....be...]
  • testosteron lelaki berperanan dalam merangsang pembinaan otot, mengekalkan jisim tulang., mengawal emosi, serta membantu dalam pembentukan sel darah merah..
  • sekurang-kurangnya 67% lelaki akan  cuba mencari aktiviti lain untuk mengisi masa semata-mata untuk mengelakkan dari nafsu seks mereka dapat ditahan....ermmmmmm....
  • lelaki yang berbintang Virgo dikatakan begitu mementingkan kesempurnaan baik dari segi kerjaya,gaya hidup, kesihatan dan juga teman wanita!!!..
  •  lelaki yang berbintang Libra dikatakan agak 'kurang' dalam hal yang berkaitan cemburu....[so sweett...hahah]
  • 85% lelaki mengaku selalu membicarakan mengenai ukuran payudara gadis..hmm..dah nama lelaki....huhuh
  • secara purata..71% lelaki mengakui sering berfikir mengenai seks, 26% mengisi 'kekosongan' fikiran mereka dengan seks dan 3% lagi mula berfikir tentang seks setelah melihat perempuan yang seksi..
enjoy da reading!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

lain2 untuk dibaca :

..