KALAU SUKA..

Saturday, March 12, 2011

tsunami di JEPUN..

Salam u oll..apa khabar?? harap u oll sihat n sentiasa berada dalam keadaan yang baek ye..
erm..berbalik kepada tajuk arinie... sebenarnya saya sangat terperanjat apabila mengetahui musibah yang menimpa negara Jepun..

semalam..balik sahaja dari kelas @ test untuk subjek tamadun islam.. saya pon landing2 la atas katil sambil dengar radio,.tengah2 syok dengar.. DJ radio tue bagitaw tentang tsunami..apalagi..saya memang terkejut n agak berdebar2 bila beliau cakap yang maybe Labuan n beberapa tempat kat Malaysia pon berkemungkinan jugak dilanda tsunami...Ya Allah,,.takutnye bila dengar..

sedikit info tentang tsunami  di Jepun yang saya dapat  melalui tv3 online

Media tempatan melaporkan angka korban akibat bencana gempa bumi dikhuatiri mencecah seribu orang.


Lebih 3 ribu penduduk di Onahama City terpaksa dipindahkan selepas loji nuklear berdekatan mengalami masalah sistem pendingin.

Mereka diarahkan untuk berada sekurang-kurangnya 3 kilometer dari kawasan loji dan elak diri daripada keluar.

Tekanan satu daripada 6 reaktornya meningkat 1.5 kali ganda berbanding tahap normal.

Beberapa jam selepas arahan pemindahan, kerajaan mengumumkan loji janakuasa nuklear itu perlu melepaskan wap radioaktif bagi mengurangkan tekanan dan bagi melindungi ia daripada kemungkinan melebur.

Loji tenaga Fukushima ini terletak di selatan Miyagi, lokasi sebuah loji nuklear Onagawa yang terbakar.

Sebuah lagi reaktor nuklear di Onagawa pula berdepan kebocoran air.

Kajian geologikal Amerika Syarikat mengesahkan gempa dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter itu adalah yang terbesar pernah dicatat di Jepun sejak ia mula direkod pada tahun 1800.....



saya harap Malaysia dan juga semua umat Islam akan sentiasa dilindungi Allah SWT... 

Bersabarlah menerima musibah kerana setiap perkara yang berlaku ade sebab dan alasanya..

1 5 insan yang sudi meluahkan perasaan:

kiwi said...

huhu..smoga diselamatkan semua

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

lain2 untuk dibaca :

..