KALAU SUKA..

Sunday, December 19, 2010

Berfikiran positif..

 salam sumer....harinie AP nak berkongsi pandangan AP tentang tajuk diatas..bagi AP sendiri..AP akui AP seorang yang agak negatif dalam melakukan sesuatu perkara...Dulu AP seringkali menganggap semua yang berlaku yang menjadikan diri AP sedih...kecewa...marah...menangis adalah sesuatu yang negatif, kadang - kala ia membuat AP lemah dan sangat tidak berdaya untuk meneruskan hidup ini...

Namun setelah melewati semuanya..semakin hari AP rasakan bahawa diri ini semakin matang untuk mentafsir definisi sebuah kehidupan ( walau belum mampu mengenali istilah hidup itu sendiri ) AP mencuba untuk menjadikannya sesuatu yang positif....Menerima segala teguran dengan hati yang terbuka dan mengakui segala kelemahan @ kesilapan diri yg kita tidak nampak dari kaca mata sendiri..Cuba untuk memperbaikinya..Melihat orang sekeliling dengan pandangan positif dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan dan situasi......cuba untuk menjauhi dari memikirkan perkara2 yang negatif sehingga menyebabkan AP merasa lemah @ kecewa lgi....

Berfikiran positif dalam apa juga situasi akan menjadikan kita semakin tenang dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan.. Kita juga pasti akan lebih menghargai dan merasai kemanisan hidup ini..Yer....Apabila kita mula memandang setiap sesuatu yang berlaku dari sudut yang positif pasti kehidupan akan menjadi lebih baek malah bertambah baek dari sebelumnya....InsyaAllah..

AP  : Selamat berfikiran positif..semoga kehidupan kita menjadi lebih manis dan membahagiakan... =)
        Allah SWT tidak akan menguji kita sia2..itu tandanya Dia menyayangi kita...Dia Maha Penyayang!!

Thursday, December 16, 2010

ini hobi saya.....

Hobi saya adalah membaca.............hobi beliau pula bermain badminton......hobinya menulis blog....hobi mereka bermain bola sepak....ada juga yang hanya gemar melayari internet atau menggunakan komputer untuk bermain game...Hobi anda pula bagaimana??
 Terdapat pelbagai  hobi  yang berlainan dimiliki oleh individu2 yang berbeza...Setiap orang mempunyai citarasa yang tersendiri...namun harus diingat, setiap orang juga harus menghormati hak individu laen dan tidak sewajarnya mempertikaikan tentang obsesi mereka terhadap sesuatu yang kita rasa tidak menarik tetapi mempunyai persepsi berbeza dari mereka......
Kadang kala untuk peminat music, lagu adalah seni yang indah untuk dihargai  namun bagi bukan penggemar seni, music hanyalah cabang hiburan  iaitu sekadar halwa telinga disaat kesunyian yang tidak memberi sebarang makna untuk dirinya.......
Oleh itu,......hormatilah apa jua minat yang dimiliki oleh orang sekeliling kita selagi mereka tidak menganggu kehidupan kita.......dan kita juga harus menghormati hak mereka dan melakukan sesuatu yang kita minat tanpa mengganggu kehidupan orang laen.........


AP : adikku sayang paling suker sesuatu yang berkaitan bola.......yang tak bestnyer..kalu tengok tv..sanggup tengok rancangan yang sama diulang tayang.......aduyaaii.......jemu AP tengok..sampai ckp dekt  dia dah tak de cerita laen ker kat tv tue..asyik citer same jerh..huhuu ........

~congrat to Malaysia coz MENANG  2 - 0 dengan Vietnam..
 Malaysia bolehh.!!..

Saturday, December 11, 2010

prinsip pemakanan ketika hamil

salam........harinie sedikit info pemakanan untuk anda2 yang sedang hamil..........harap dapat dijadikan panduan untuk kalian yer..
  1. hindari makanan yang dapat membahayakan ibu dan janin.
  2. usah berdiet ketika hamil.
  3. makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
  4. ambil vitamin ibu hamil secara teratur.
  5. minum air secukupnya.
  6. lebihkan makan buah-buahan dan sayur - sayuran.
  7. kurangkan makan makanan berkafein, manis dan air berkarbonat. 
  8. jika boleh elakkan makanan segera.
  9. amalkan diet seimbang. ertinya mengandungi sumua zat yang diperlukan oleh tubuh dan baek untuk kesihatan janin.
  10. minum susu secukupnya.

AP : suami harus peka n ambil berat tentang keadaan kesihatan isteri semasa mengandung..semoga semuanya baek2 sahaja.. =)

info dari : majalah wanita dis'10

persediaan dokumen pernikahan

salam...bulan disember ni sempena cuti persekolahan yang lame..banyak sungguh undangan perkahwinan yang diperolehi....tak menang perut nak pergi makan......hohohoh...
seperti sudah menjadi kemestian, kebiasaannya  untuk pasangan mempelai @ keluarga mengadakan perkahwinan pada musim cuti sekolah...
Alasannya dapatlah keluarga n rakan2 datang memeriahkan lagi majlis dan datang berkumpul lebih lama dirumah pengantin..mungkin la  kot  (-_-)...

         okeh..harinie AP nak kongsi dengan u oll yang mungkin merancang untuk berkahwin dokumen2  pernikahan yang harus disediakan sebelum perrnikahan diadakan....pastikan segalanya lengkap yer...nanti huru-hara pulak jadinya.....jom periksa adakah sumer nie sudah termasuk dalam list anda : 

  1. salinan kad pengenalan.
  2. salinan surat beranak @ sijil lahir..
  3. salinan surat nikah ibu bapa.
  4. salinan kad pengenalan wali.
  5. gambar bersongkok atau bertudung bersaiz pasport.
  6. salinan sijil kursus pra-perkahwinan.
  7. perintah bertulis dari mahkamah mengenai wali hakim/ poligami/ nikah bawah umur..
  8. kebenaran kedutaan jika warga asing.
  9. kebenaran majikan bagi polis atau tentera.
  10. surat pengakuan bujang dari majikan [ lelaki sahaja ]..
  11. surat cerai jika pernah berkahwin.......

AP : selamat pengantin baru n bahagia hingga ke akhir hayat bersama orang2 yang ditakdirkan untuk menjadi pasangan anda......semoga tabah menempuh alam baru n matang menghadapi segala mehnah kehidupan ini..Amin.....InsyaAllah.......

    Saturday, December 4, 2010

    baru dapat hupdate blog...

    Salam sumer..pekabar kawan2 blogger sekalian...semoga sihat sentiasa lah hendaknyer yer..erm..setelah sekian lama tidak dapat hupdate.. [Alasan yang sama seperti sebelum ini yer ] aisshhh....banyak sungguh alasan kamoo yer cik AP..huhuh...hari nie barulah AP berkesempatan menghupdate blog nie..sebenarnya AP memang setiap hari teringin nak hupdate blog tapi secara jujur dan amanah dengan ini menyatakan bahawa internet memamg menjadi masalah utama AP...kenapakah?? .wajarkah AP  menyalahkan internet....??
        0f  coz and abselutely yes.......kat kawasan rumah AP nie kelajuan internet hanyalah puratanya   o.1 KB/s - 11.O KB/s........memang masalah sesangat kalu nak bukak laman2 web nieh.......terutama bila nak sign in blog...fesbuk dan lain2....kalu laman web kerajaan lagilah masalah [bukan nak salah kan kerajaan erk tapi tak tahulah kenapakah jadi begitu...]...Kadang2 tak lepas pon nak masuk mane2 laman web......
        Tapi sekurang-kurangnya AP bersyukur jugak dengan  segala masalah atau kekurangan yang AP hadapi nie AP masih mampu melayari internet...kalau borink boleh menonton television..bermesej mesehan dengan kawan2 tersayang...jika dibandingkan dengan mereka2 yang  hidup serba kekurangan..malah ada yang hidup tanpa kemudahan asas yang lengkap...Alhamdulillah......syukur sangat2..tak dapat AP bayangkan kalu suatu hari Allah S.W.T tarik balik segala nikmat yang telah dipinjamkan nie...entah la macam mana nak hadapinya........

    AP : pernah menonton dokumentari tentang satu kaum yang tinggal di Sarawak yang masih hidup secara nomad @ berpindah randah...menjadikan hutan sebagai tempat tinggal..memburu haiwan   sebagai sumber pencarian  makanan....tinggal pulak di rumah yang hanya diperbuat dari kayu dan berbumbung nipah....tak terbayang kalu AP yang tinggal ditempat macam tue..mau gilakk jadinyer..huhuuh

    ~Allah SWT tidak akan merubah suatu kaum itu sehingga mereka yang merubah diri mereka sendiri..~

    Sunday, November 28, 2010

    hanya padaMU ku bersyukur..



    alhamdulillah syukur pada Allah S.W.T kerana memberi AP kesempatan ini.........harinie AP gembira sangat...mungkin agak terlewat  bagi AP memulakan langkah sebagai pelajar peringkat ijazah berbanding rakan2 lain.....namun AP bersyukur sangat2 koz berpeluang melakukannya...insyaAllah bulan 1 nanti AP akan kembali menjadi student di Uitm....ermm..tapi jauh la pulak kampus yang AP dapat..Uitm Arau Perlis...huhu..

    AP : risaunyer nak sambung belajar dalam bidang accounting coz nak buat balancesheet pon tak berapa mahir..tambahan  pulak dah lama tinggal pasal account nie...apa2 pon syukur alhamdulillah.. insyaAllah kalu panjang umor...AP akan ke sana...tunggu saya yer...

    Saturday, November 27, 2010

    orang alim tak leh ader fesbuk dan tak boleh berblog.......??

    salam......pernahkah kawan2 blogger dengar pernyataan @ pertanyaan diatas??
    herm.......ini adalah petikan  pernyataan dari seorang pengkomen di suatu blog yang AP sempat lawati semalam..tajuk dan cerita AP sudah luper...ermmm..betulkah begitu eak?? asal nama alim.....pakai tudung labuh tak boleh sertai laman sosial......mungkin ade yang beranggapan tidak boleh melakukan aktiviti seperti orang lain yang  'biasa2 jer'....... apakah itu istilah 'biasa2 jer'... u oll faham2 la eak......kenapakah ade yang beranggapan bahawa orang alim tidak akan menyertai fesbuk atau blog?? erm..mushkill.....AP pon ader sahabat2 yang bertudung labuh..alim..tapi mereka masih menyertai aktiviti blog dan fesbukk..tiada apa yang salah.....berkongsi2 cerita untuk muhasabah bersama...disamping tidak menyisihkan amalan yang biasa dilakukan..bagi lelaki tak pernah terlepas solat jemaah di masjid n surau...dekat dunia blog nie pon AP bace banyak blog2 berunsur kerohanian yang AP suka bacer seperti blog feveret AP... kereta mayat....
    AP juga terfikir   masih adakah yang pemikiran disekat oleh tembok bahawa jika mereke2 yang menyertai fesbuk dan blog ini tidak alim @ kurang pegangan agama?? wajarkah kita semua di adili sebegitu??

    AP : Tuan guru pon ader fesbuk... entry ini sekadar luahan hati AP sahaja.....jika ade yang tersinggung..AP mintak maaf yer...fikir2kan bersama ea..AP pon hanya seorang insan biasa yang masih mencari arah tuju hidup nie......selamat bersosial n beramal..tapi jangan luper batasan ea.....sekian..

    Friday, November 26, 2010

    entry bukan sesiapa......

    hiiiiii........lamenyer tak hupdate blog...malas..malas n terus malas...puncanya line internet nie yang sesangat sangat perlahan...boleh diterima kah alasan itu....ermmmmmmm.....
    seperti biasa waktu2 yang ada sempatlah AP menonton tv dengan jayanya...(ayat seperti tiada langsung waktu untuk menonton tv sebelum ini..hiasshhh).. cerita apakah yang sempat ditonton?? channel??? upss.... bukan itu yang AP nak taep disini.......tetapi perasaan AP masa menonton satu cerita yang tajuknya tidak boleh ditaep disini atas alasan nanti kena saman....hohohoho...entah lah....perasaan AP bercampur aduk ketika mula2 terpandang gelagat2 mereke2 sipelakon yang sedang terkinja2 menyanyi  sambil menari...malu pon ader..kenapakah AP yang harus malu......??..ehh...itu bukan lagi titik cerita yang AP nak kongsi  disini yer..
    tapi PAKAIAN  yang dikenakan oleh si artis dalam cerita itu....MELAYUKAH beliau?? ISLAMKAH beliau?? tengok muka persis melayu..nama sah  MELAYU...agama ??? u oll fikirlahh sendiri.... erm...perlukah AP menaep apa yang AP rasakan saat ini... atau kolotkah AP bila bertanyakan soalan2 sebegitu.. atau mungkin ini isu lame yang sudah tidak releven untuk disoalkan disini pada ketika dan saat ini??..........tapi semakin dibiarkan..hati semakin tertanya2......erm.....mengeluh lagi untuk kesekian kali...AP bukan seorang yang warak untuk membingkis soalan2 agama..tapi AP keliru dimana hilangnya perasaan malu mereka yang memakai skirt atas lutut....baju tanpa lengan...nipis....sendat....cara pergaulan dan yang laen2 tak perlu lah AP taepkan  disini....mungkin ada yang beranggapan itu hal mereka dengan Tuhan...mungkin mereka berniat baik untuk mencari rezeki 'HALAL'.......maka AP tak layak menyatakan apa2......tapi benarkah?? bukankah jika kita melihat akan kemaksiatan..jika tidak mampu dibendung dengan perbuatan atau lisan..maka memadai membenci dalam hati...tapi kenapakah fenomena seperti ini sudah biasa sehingga tiada setitik perasaan benci dalam hati apabila melihat situasi2 sedemikian..


    AP : orang zaman sekarang harus  mengikuti perkembangan zaman semasa..tidak mengikut perkembangan zaman katanya kolot..seperti orang2 zaman dahulu..tapi peliknya adakah hitungan dosa dan pahala hanya dicatit pada zaman dahulu  sahaja..dan zaman moden ini pahala dosa diketepikan demi mengikuti perkembangan teknologi n fesyen semasa??? fikir2kan bersama yer bersama....entry ini bukan sekadar untuk mereke2 yang melakonkan watak dalam kaca television malah untuk semua pelakon2 dipentas dunia ini.....sekadar renungan dan ingatan untuk saudara seagama....InsyaAllah.....

    Thursday, November 18, 2010

    rapuh.......

    suka sangat tengok cerita chinta lakonan Fasha Sandha..walaupon cerita tue dah habis tapi nama chinta chanduri tue macam best jerh untuk disebut..hehe..tapi yang paling best Ap suka dengar lagu dalam cerita tue..jenuh cari akhirnya dapat juga tahu tajuk lagu tue Rapuh by Opick.....hehehe..best2..k..Ap kongsi jugak lirik lagu ni kat sini ea..


    Artist : Opick
    Lirik Lagu : Opick - Rapuh

    Opick - Rapuh 

    detik waktu terus berjalan
    berhias gelap dan terang
    suka dan duka tangis dan tawa
    tergores bagai lukisan

    seribu mimpi berjuta sepi
    hadir bagai teman sejati
    di antara lelahnya jiwa
    dalam resah dan air mata
    kupersembahkan kepadaMu
    yang terindah dalam hidup

    meski ku rapuh dalam langkah
    kadang tak setia kepadaMu
    namun cinta dalam jiwa
    hanyalah padaMu

    maafkanlah bila hati
    tak sempurna mencintaiMu
    dalam dadaku harap hanya
    diriMu yang bertahta

    detik waktu terus berlalu
    semua berakhir padaMu

    AP : sungguh indah lirik lagu nie..mendayu2 n menyentuh jiwa.. =) suka...

    Wednesday, November 17, 2010

    Aidiladha kembali.....

    Syukur Alhamdulillah..kali ni AP masih berpeluang meraikan hari raya Qurban@ aidiladha.,,tapi kemeriah aidiladha tidak lagi dirasakan lagi waktu  ini..sunyi sungguh rumah arwah nenek...tiada lagi gelak tawa arwah mak dan arwah wan ( nenek  AP..Ibu kepada abah AP..) yang rancak berbual sambil bersila membuat ketupat dan menyediakan bahan2 untuk membuat  lemang...suara sepupu2 yang  rancak berlari membingitkan suasana dalam rumah juga tiada..yang ada hanyalah AP sekeluarga dan juga chu ( mak saudara ) dan 3 orang sepupu ( anak chu) ..... aidiladha kali ini seperti tiada seri....ayah n mak saudara yang laen semua beraya dikampung mertua masing....tidak seperti AP..kedua2 nenek dan atok sudah meninggal dunia....AP rindu sungguh pada lemang dan rendang yang dimasak oleh arwah mak..sememangnya arwah mak memang pandai memasak dan semua masakan yang dimasak memang sedap sekali..begitu juga arwah wan..laksa yang dimasak memang sungguh AP suka.kalau dulu..waktu arwah wan ader meriah sungguh raye kt rumah nie..dah la macam tempat asuhan kanak2..maklumlah kazen AP sume kecil2 belaka..umor baru 5 6 tahun..dengan suara mereka yang maen kejar2 tue..aduyaii..rase cam sakit jiwa pon ader..hehe..tapi sekarang bila dah takde,,.rindu la pulak..InsyaAllah esok AP dan keluarga akan pergi melawat mereke...insyaALLAH.......
    ermm..teringat tyme bakar lemang..Walau terpakse menunggu lame tapi rase sangat seronok..begitu jugak waktu pertama kali AP dapat tengok arwah wan buat dodol..mase tue tak pernah tengok live..huhhh..berebut rebut nak kacaw dodol dalam kawah..lagi best dapat makan dodol buatan sendiri..sampai demam la AP makan dodol koz terlalu banyak..hahaha.dan sekarang AP jadi fobia dengan dodol..bukan saja tak boleh makan..bau pon dah muntah..ini semua gara2 demam koz terlebih makan dodol tue..huhuhu..sadiss sungguh..bile ingat kenangan tue..nak gelak pon ader..tapi sekarang sedihnye rase kat hati nie..semua itu hanya tinggal kenangan.... nak buat macm mane..sedalam2 sayang AP pada mereke..Allah lebey menyayangi mereka..AP redha..dah dekat 2 tahun AP kehilangan arwah mak dan wan...
    mungkin AP tidak terlalu merasai kehilangan arwah atuk, nenek belah arwah mak koz dorang meninggal mase AP kecil lagi..begitu juga arwah atok ( ayah kepada abah AP)..AP hanya sempat kenal lebih rapat dengan arwah wan je lah...yang laen2 tak sempat untuk kenal lebih rapat lagi..tapi AP masih ingat lah mereka sikit2...Sedeynyer beraya tanpa orang yang disayangi..tapi AP syukur AP masih ada abah. kakak, adik2,saudara mara laen...juga rakan2..jiran2 serta...tak lupe..teman2 blogger semua..



    dikesempatan nie..AP nak ucapkan selamat hari raya aidiladha untuk semua rakan2 blogger yang singgah ke blog AP nie..harap2 semua yang pernah AP taep di blog nie tidak lah sampai  mengguris hati anda semua atau membuat kalian terasa....


    bicara kadang- kala  tak terjaga..
    janji pernah juga diabaikan..
    hati sering jua  berprangsangka..
    sikap kadang2 menyakitkan..
    hidup ini terlalu indah andai ada lagi kemaafan.....salam aidiladha buat semua.......

    AP : terkenang pada saudara seagama yang bergelut dengan peperangan...semoga Allah merahmati mereka..sesungguhnye mereke diuji dengan hebat namun ganjaran jihad buat mereka lebeh besar..juga yang dilanda musibbah n bencana alam..ini adalah ujian dr Allah S.W.T...bersabarlah menempuh segala ujian dariNya...Allahhuakbar..semoga Allah S.W.T merahmati seluruh umat islam didunia ini..Amin..

    Sunday, November 14, 2010

    kerja yang pertama tapi belajar bukan yang kedua......

    salam sumer..dah agak lame membisu dari blogging nie..hanya bukak blog untuk pergi berjalan2 ke blog rakan2 laen jerh......nak buat entry pon tak de mood..eermm..sebenarnye AP sedang memikirkan keputusan yang harus dibuat dengan baek oleh diriku........huhuh..ayat pasrah niee............pening2..ermmm.....mengeluh lagi........tak tahu la sekarang nie mane yang harus dipilih..sama ada bekerja dengan diploma  atau sambung belajar amik degree...... memang la nak ikutkan sambung belajar lagi baek kan.....tapi AP kene kire jugak faktor2 kewangan keluarga......aduhhhhhhhh......susahnye nak menetapkan keputusan.....
    apa2 pon harap2 semua keputusan yang AP buat adalah terbaekk untuk AP kan.... u oll wish me da besst k.......
    thankz...salam hormat.

    AP : semakin hari semakin mengenali erti kehidupan ini........

    Thursday, November 11, 2010

    andai suatu hari nafas terhenti........



    Hari berganti hari.....Keadaanku semakin tenat...

    Tubuhku sejuk terkaku seperti mayat di atas katil di salah sebuah hospital yang aku sendiri tidak tahu. yang aku ingat aku sedang memandu kereta ayah,lalu bertembung dengan sebuah lori.
    Dan darahku membasahi jalan..
     ...
    Tapi selepas itu aku tidak ingat apa-apa.Pandanganku kabur.Tidak dapat ku pastikan siapa orang-orang yang berada di sekelilingku.Aku terasa dada ku teramat berat sesak menghimpit dan bahagian pinggangku sudah tidak berasa apa-apa lagi.
    Tiba-tiba tanganku di pegang kuat.

    "Mengucap sayang,,mengucap........Asyhaduallailahaillallah.. ......."ucapan itu dibisikkan ke telingaku di sertai dengan tangisan.

    Itu suara ibu.manusia yang pernah mendodoikan daku semasa kecil,manusia yang pernah menyuapkan nasi ke dalam mulutku,manusia yang pernah memberi susunya serta yang pernah merotanku kerana degil.

    "Bagaimana dengan keadaannya doktor?" Aku amati suara itu.Pasti itu suara abang.

    "Tenat",jawab doktor dengan ringkas.

    "Itu kata doktor bang,jangan berserah kepada takdir sahaja.Kita perlu usaha".

    Sudah seminggu aku terlantar di wad ini,kenapa baru sekarang abang menjengah? datang lah ke sini,aku ingin berbicara denganmu. datanglah.....

     Abang!! Bukakan mataku!!

    Tapi mataku.......semakin gelap.Adakah aku sudah buta? Tidak!!!!Aku tidak mahu buta.Aku masih ingin melihat dunia ini. "Sabarlah dik,banyak-banyak ingatkan Allah."Abangkah yang bersuara tu? Apa yang aku tanggung ini tidak semudah yang kau lafazkan,abang.Tolonglah adikmu ini.Tolong bukakan mataku.

    "Tekanan darahnya amat rendah". sayup sayup kedengaran suara doktor.

    Kedengaran juga ibu menangis teresak-esak.Ibu,kau hanya mampu menangis saja.dan bila tiba saatnya,kita akan berpisah.Tapi,ibu.....aku tidak mahu berpisah denganmu.Tolonglah ibu,selamatkan lah daku.

    ...

    "Yassin.......".  

    Bacaan yassin terngiyang-ngiyang di telingaku.Aku tahu itu suara abang.Tetapi kenapa aku di perdengarkan dengan suara itu???

    Apakah aku sudah menghampiri maut???????Aku takut!!!!!!!

    Sedetik lagi sakaratul maut akan menjemputku! Sedetik lagi izrail datang. Sedetik lagi malaikat maut datang.

    Aku di ambang sakaratul maut...... Aku semakin tegang dan semakin sendat nafas di dada.Ketika itu,aku tidak ingat apa-apa lagi.Aku tidak kenal sesiapa di sekelilingku.Tapi yang pastinya sekarang, aku berdepan dengan sakaratul maut.
     "Tolong ibu,tolonglah aku, aku takut".Tapi rintihan ku tidak di pedulikan.Apa mereka semua sudah pekak? Aku di lambung resah,gelisah dan penuh kesah.

    "Panas,dahaga,haus,panas........".tapi tiada siapa pun yang peduli.Nenekku datang,"Nenek............".

    "Kau dahaga cu,kau lapar cu,mahu air??Ini gelas penuh air madu,kalau cucu mahu masuk syurga,minum air ini".

    "Ibu......". Ibuku datang, Ibu menggoyangkan buah susunya.

    " Ini ibumu.Air susu ini membesarkanmu, nak.Buangkan islam, matilah dalam agama yahudi.....".

    ''Ayah.......kau datang ayah.......".
    "Matilah dalam agama yahudi anakku.matilah dalam agama nasrani Itulah agama yang membantu kau masuk ke syurga".

    "Nenek....ibu.....ayah.......suara kau kah tadi??Kenapa kau berubahlaku??Atau suara syaitan yang ingin memurtadkan aku??

    "Mengucap sayang,mengucap.Asyhaduallailahaillallah.......". Ucapan itu diajukan sekali lagi ke telingaku.Itu suara ibu.Tapi lidahku sudah menjadi kelu.

    Manusia-manusia berjubah hitam datang."Mari ikut kami". manusia-manusia berjubah hijau datang membawa bersamanya payung hijau,katanya"Mari ikut kami".cahaya putih datang.datang hitam. Datang sinaran kuning.Cahaya merah datang ."Apa ini,apa ini?.

    AKULAH SAKARATUL MAUT!!!

    Jeritan yang paling menakutkan pernah aku dengar!! Allahhhhhhhhhhhhh, sakitnyaaaaa!!!

    Tubuhku seakan ditarik dan gegendang telingaku pecah mengeluarkan nanah kuning pekat.

    Kedinginan menjalar,merayap perlahan-lahan dari hujung kaki ke hujung rambut dan kini seluruh jasadku di selimuti sejuk.dan kemudian datanglah malaikat maut di hujung kepalaku.

    "Hai jiwa yang keji,keluarlah dari kemurkaan Allah.......".Aku tersentak.Roh ku berselerak di dalam tubuhku.

    Lalu,innalillahi wainnailaihi rajiuun....

    Malaikat-malaikat yang menunggu sesayup mata memandang dan menghemburlah bangkai yang sebusuk-busuknya.
    Tiba-tiba bau busuk menusuk ke hidungku,seperti bau sampah yang amat busuk. "Apa yang busuk ni?Tak adakah orang yang mengangkat sampah ni?Ah,busuknya,hanyirnya,hancingnya......".

    "Assalamualaikum......". "Siapa yang memberi salam itu?". "Aku". "Kau siapa wahai pemuda???". Seorang lelaki tercegat di hadapan katilku.

    Aku tidak pernah melihat orang yang sehodoh,sekotor,dan sebusuknya di dunia ini.rambutnya yang tidak terurus,baju yang di pakai berlumut hijau,kuning,coklat dan entah apa-apa warna lagi,dari lubang hidung,telinganya dan mulutnya terdapat nanah dan darah pekat keluar.Tanpa di pedulikannya......jijik,loya,aku rasa........teramat loya melihatnya.
     "Kau tak kenal aku?". "Tidak,jawabku tegas.Mana mungkin aku kenal kau sehodoh dan sejijik ini". "Aku sahabatmu,kau yang membuat aku hari-hari". "Bohong!".Aku menjerit sekuat hati.Biar semua penghuni wad ini mendengarnya. "Aku tak kenal engkau!Lebih baik kau pergi dari sini". "Akulah amalanmu yang keji..........".

    Aku terdiam.Aku tidak mampu berkata apa-apa teringat kini,semuanya telah pernah ku dengar dan ku pelajari dulu.Segala dosa dan keburukan yang kita lakukan di dunia,akan di jelmakan dalam sebagai suatu makhluk yang teramat hodoh di hadapan kita di alam barzakh nanti. Oh!Tuhan,aku banyak dosa.Aku memang lalai,cuai dan lupa dengan segala nikmat yang telah kau kurniakan.Solatku kerana kawan,dan bukannya ikhlas kerana Allah.Pergaulanku bebas,tak kenal muhrim ataupun tidak.tapi itu semua telah berlalu dan dan sudah terlambat untuk bertaubat..Apa yang aku harus lakukan!!!!! Surah yassin yang abang pegang di letakkan di atas dahiku.Aku melihat kaklong dan kak ngah menangis.Aku juga lihat mata abah bengkak. Tiba-tiba badanku di sirami air.Air apa ini?????

    "Tolong....sejuk!!!!Kenapa air ini berbau air kapur barus.Tolong jangan tekan perutku dengan kuat,sakit!!!!Kenapa ramai orang melihat aku???Aku malu......malu.....malu......!!!!!!".
     Aku di usung ke suatu ruang.Aku lihat kain putih dibentangkan.Lalu diletakkannya aku di atas kain putih itu.kapas di bubuh di celah-celah badanku.Lalu aku di bungkus satu demi satu dengan kain itu. "Nanti,tunggu!!jangan bungkus aku.Kenapa kalian semua buat aku macam ini?Tolong rimas....panas........".

    Kemudian aku di letakkan di suatu sudut.Beberapa orang termasuk tok imam menyembahyangkanku.Kelihatan ayah dan abang berada di saf yang pertama.Tapi kenapa aku di sembahyangkan?

    Bukan kah aku boleh sembahyang sendiri? Aku teringat kata-kata ustazku dahulu. "Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan". Dan kini baru aku sedar aku sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat takbir,ruku',sujud dan tahiyyat. Aku di angkat perlahan-lahan kemudian di letakkan di dalam kotak kayu.
     Kotak apa ini?"Aku di usung oleh enam orang termasuk ayah dan abang.Aku diusung setapak demi setapak". "Al-Fatihah!"Kedengaran suara tok imam.Kelihatan ibu,kak long,kak ngah dan lain-lain mengekori di belakang.tapi kemana dia bawanya aku?". Nun jauh di sana ,kelihatan tanah perkuburan kampungku. "Ke situkah aku dibawanya?Tolong turunkan aku,aku takut!!!!!!". Setibanya di tanah perkuburan,kelihatan satu liang yang bersaiz dengan jasadku.Beberapa tangan memegangku,dan aku di turunkan ke dalam liang itu. "Perlahan-lahan",aku terdengar suara tok imam memberitahu."Tolong keluarkan aku dari sini!Aku seram!!!".Kini aku berada di dalam liang kedalam enam kaki.Sedikit demi sedikit pasir dan tanah menutupiku.
      
    "Tanah apa ini?". "Aduh sakitnya badanku di timbusi tanah".

    "Innalillahiwa innailaihi rajiuuun.......Dari Allah kita datang,dan kepada Allah jualah kita kembali". Kedengaran bacaan talkin dari tok imam."Sesungguhnya mati itu benar alam barzakh itu benar,siratul mustaqim itu benar,syurga dan neraka itu jua benar........".Sayup sayap aku terdengar tok imam terus membaca talkin,tetapi makin lama makin hilang.Pandanganku makin ,makin kabur dan terus tidak kelihatan.Tubuhku terasa telah di timbusi sedikit demi sedikit pasir dan tanah yang di lemparkan ke atasku.Terasa semakin gelap dan ......aku kini keseorangan.
     "Nanti!Nanti!Tolong!Tolong ayah,ibu!Jangan tinggalkan aku seorang.Aku takut!!!Gelap!!!Panas!!!Tolong!!!!

    “Memadailah Kematian Sebagai Nasihat” Wallahualam.. 


     AP :  sekadar perkongsian bersama..........Sumber dari mukabuku.........



    Wednesday, November 10, 2010

    kisah si miskin dan si kaya itu..



    Nabi Musa A.s memiliki umat yang ramai  dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi. Dia begitu miskin. 
    Pakaiannya compang - camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Nabi Musa A.s, "Ya Nabiyullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar Allah SWT menjadikan aku orang kaya." Nabi Musa A.S, tersenyum dan berkata kepada orang itu, "Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah SWT."
    Si miskin itu agak terkejut dan KESAL, lalu dia berkata, "Bagaimana aku mahu banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja."
    Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya.
    Beberapa waktu kemudian, seorang kaya datang menghadap NAbi Musa A.S. Orang tersebut berkata kepada Nabi Musa A.S, "Wahai Nabiyullah, tolong sampaikan kepada Allah SWT permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu"
    Nabi Musa tersenyum, lalu Beliau berkata kepada  si Kaya tadi, "Wahai saudaraku, Janganlah kamu bersyukur kepada Allah SWT." Kemudian si Kaya terkejut  dan berkata,"Ya Nabiyullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah SWT?  Allah SWT telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat, Telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah SWT telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, BAGAIMANA MUNGKIN aku tidak mensyukurinya..??? jawab si kaya itu.
    Akhirnya si Kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian yang terjadi adalah, si Kaya itu semakin Allah SWT tambahkan kekayaannya kerana dia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi tambah miskin. Allah SWT mengambil semua kenikmatan-Nya, sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakain pun yang melekat di tubuhnya. Ini Semua kerana dia tidak mahu bersyukur kepada ALlah SWT..

    AP : Bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberiNya.. Alhamdulillah.. =)








    Nama2 syaitan dalam Al - Fatihah.

    Assalamualaikum..! Semoga boleh dimanfaatkan bersama... Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.
    Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam surah Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
    Nama-nama syaitan tersebut:-

    1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH,

    2. HIRROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB,

    3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU,

    4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK,

    5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS,

    6. Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'. Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan!!!!"

    7) SIROTHOLLAZI.......... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.

    8) AMIN hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA... 2 harakat, MIN... 2/4/5 harakat.

    Semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat,Insya-Allah. Semoga kita menjadi orang yang sentiasa memperbaiki bacaannya.
     Sebarkanlah hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya,
     Insya-Allah.
    Wassalam...

    AP : sumber  dari mukabuku...

    5 mitos dan realiti perkahwinan..



    Ramai yang   menduga atau  percaya sesudah berumah tangga hidup akan menjadi istimewa. sesudah berkeluarga , semua keperluan akan dipenuhi oleh pasangan. Anak2 akan menyemarakkan suasana dan hidup akan bahagia selamanya. Namun adakah semua itu akan mampu dicapai?? berikut adalah 5 mitos dan fakta yang perlu difikirkan :

    mitos 1 - perkahwinan akan mengakhiri semua kesepian kita.
    realiti    - ramai pasangan yang berkahwin tetapi tetap sunyi.

    mitos 2 - perkahwinan akan membuat diri sempurna.
    realiti    - pasangan saling melengkapi satu sama lain, tetapi tidak menjadikannya sempurna.

    mitos 3 - pasangan yang saling mencintai tidak ada masalah dalam perhubungan.
    realiti   - hampir semua hubungan mengalami turun naik. Masalah dan dugaan hidup sering kali akan menutup perasaan romantis suami isteri.

    mitos 4  - perkahwinan akan membuat seseorang bahagia.
    realiti  - anda tidak boleh berharap pasangan akan membahagiakan anda..sebaliknya kebahagiaan itu        berasal  dari dalam diri anda sendiri.

    mitos 5 - pasangan harus tahu keperluan2 tanpa perlu diluahkan.
    realiti    - hanya kerana sudah menjadi suami isteri tidak bererti anda dapat membaca fikiran pasangan anda.

    AP : petikan dari salah 1 majalah kesukaan........

    Tuesday, November 9, 2010

    S.T.R.E.S.S!!!!!!




    ...erm....Perasaan bercampur aduk ketika ini..entah lah...AP pon tak pasti kenapakah....mungkin kerana peristiwa tempoh hari..aduyaii........sukarnya untuk berhadapan dengan peristiwa begitu lagi.....benci..benci..dan terus membenci manusia2 yang hipokrit.... tetapi sukar sekali memaafkan diri ini  atas kesilapan yang dilakukan..dilemma dalam menegakkan kata hati dan menjaga perasaan insan lain..namun seringkali terasa perasaan sendiri diketepikan walau sungguh perit dirasakan..kenapakah..bila berbicara tidak ingin meletakkan dirimu disituasi aku..kenapakah..perlukah hanya kamu yang menang dalam setiap peperangan,,,,perlukah hanya kamu yang juara dalam setiap pertandingan walau kadang-kala kamu juga lemah dan tidak layak untuk menang..perlukan untuk menjadi insan yang tidak pernah tewas sedangkan kamu bukan yang terbaekk??...apakah kehidupan ini tidak adil atau ini adalah sesuatu yang tidak adil pada kehidupan.....aucchhhh.........sungguh stress untuk memikirkan.......pergilah......pergilah wahai kesedihan,pergilah kekecewaan..,.....kerap kali sungguh kau bertandang dihatiku sedang aku tidak pernah ingin menjemputmu!!!

    AP : mood yang tiada mood....asyik2 post entry tentang perasaan yang sedih dan kecewa sahaja...

    aku sedang sedih dan kecewa!!

    Hari nie AP ( Isnin ) dah ade kat rumah ku syurga ku...huhuhu.selepas mengalami peristiwa paling tak best semalam.....antara aku..dia dan sesuatu....rasa agak lega dapat balik umah dah.....sedih sungguh n sungguh menyedihkan....... Ya Allah..berilah hambaMu ini kekuatan untuk menempuh hidup nie......Terima kasih Allah  kerana memberi aku ujian yang menjadikan aku semakin tabah...juga  Terima kasih ku ucapkan kepada seseorang yang sudi  memberi diri ini sedikit  kekuatan disaat aku merasa  kesedihan n putus asa.....terima kasih sahabat....aku sayang kamu......... juga buat insan2 yang membuat aku kecewa dan merasa sungguh sakit hati..terima kasih kerana anda berjaya melukakan hatiku!!



    AP : ketelanjuran kata yang mengguris hati...(T_T)...... 


    Sunday, November 7, 2010

    SUAI KENAL BLOGGER .. ANDA BERMINAT ?

    Hari nie  AP nak membuat entry tentang  SUAI KENAL BLOGGER .. ANDA BERMINAT ? sebenarnya AP memang tak tahu nak buat entry yang menarik untuk sertai mana2 peraduan atau apa2 sahaja lah yang dianjurkan oleh pemilik2 blog walau hati begitu meronta2 inginkanya.huhuhu
    okeh...untuk memenuhi syarat2 yang ditetapkan oleh pemilik blog iaitu en.Ben..
    AP telah berjaya meng upload header En.Ben.. [ maklum la balik lipis line internet sangat bagus coz guna streamix..bukan promosi tapi hakikat yang sebenar...]
     Tajuk pon dah AP isi seperti yang dikehendaki..harap2 en.Ben boleh la terima ea..hehe
    untuk rakan2 blogger yang bakal berkunjung kat blog nie AP harap semua yang AP kongsi dari dulu hingga kini dapat menambahkan lagi keceriaan anda selain berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang ada... semoga  AP juga dapat mengenali lebey ramai sahabat2 dialam maya nie..sekian...

    hari ini hari ahad.......

    hii u oll..selamat berehat dan berhujung minggu ea bagi anda2 yang bercuti hari ni..dah selamat bekerja bagi anda2 yang telah memulakan tugas untuk minggu yang baru...
    okehh..hari nie hanya nak share dengan u oll beberapa keping gambar yang sempat AP usha dalam lappy hari nie..


    pic 1

    pic 2

    pic3

    pic 4

    pic 5

    pic 6

    pic 7

    pic 8



    siapa ea mereke2 nie??????? ader ke yang kenal mereke2 nie..fofuleer ker mereke dikalangan remaja2 perempuan kat Malaysia ni...?.(^_^)


    AP : Bukan tak nak upload gambar artis wanita  tetapi atas sebab2 tertentu terpasa dielakkan..hhehe

    pembohongan seorang ibu...........part 2

    Hai u oll.......hari tue AP pernah buat en3 pasal penipuan seorang ibu.. bagi yang belom bacer tue boleh la membacanyer kat sini..
    okeh hari ni nak sambung yang selebehnyer...



    -PEMBOHONGAN IBU YANG KE EMPAT.
    Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya  pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan. Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum. Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus." 


    -PEMBOHONGAN IBU YANG KE LIMA.
    Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak. Anehnya, mak menolak bantuan itu.Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki." 

    -PEMBOHONGAN IBU YANG KE ENAM.
    Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi mak tidak mahu. Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit." 

    -PEMBOHONGAN IBU YANG KE TUJUH..
    Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang." 


    -PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
    Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser. Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini. Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit." 


    Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata: "MAK, SAYA SAYANGKAN MAK." Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun sy membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat mak menghembuskan nafasnya yang terakhir. Ibu, maafkan saya. SAYA SAYANGKAN MAK...



    AP :ermm..Inilah sambungan email yang AP bacer..harap kepada u oll yang masih ada mak tue sayanginya  sebelum beliau pergi meninggalkan anda..sungguh sedih bila merasai ketiadaan seorang ibu..





    Saturday, November 6, 2010

    cuti2 ker Cameroon..

    hye u oll........... AP baru sampai  rumah nie... penat tapi semangat nak hupdate blog sungguh tinggi....duduk dalam kereta dah terbayang2 kat blog kesayangan nie.hahaha...hari nie sehari suntuk  pergi berjalan2 ke Cameron Diaz   Highland........pergi balik hari jerh..maklum lah save bujet..hehehe......... tapi yang tak bestnyer sungguh sesak dan menyesakkan.. jem boleh sapu kat roti sungguh berlebih lebihan....dan paling tak best bile cuaca mula redup sewaktu kitorang mula2 sampai... tapi Alhamdulillah tak hujan.. petang dalam pukul 5 lebey or 6 lebey tak silap AP hujan turun..nasib baek  kitorang pon dah nak angkat kaki dari situ.sempat jugak berjalan2 kat sana...sambil membeli sedikit sebanyak  barang2 kat pasar  tani kat situ......tak sempat nak naek ke kawasan laen koz jalan sungguh sesak..so kami buat keputusan berenti kat situ jerh..nanti laen kali akan datang dengan misi yang lebey besar....wahahaha... ... dalam perjalanan pulang memang hujan turun dengan sungguh gembira..kami yang tak gembira balik dalam hujan...huhuh.. Alhamdulillah selamat sampai jugak ker rumah mak saudaraku ini..... k la..sampai sini dulu la hupdate tuk malam nie..


     AP : tak dapat tangkap gambar banyak2 koz bateri kamera tidak dicas.[tue la..last minit perancangan lagi].... huhuhu..sadiss sungguh.......... tapi overall sangat heppy  n penatttttttt!!!!!!!

    pagi yang indah......

    Alhamdulillah pagi ni sungguh indah cuaca kat kampung nie.....selamat pagi sume..........ffuhhh......walu jam dah menunjuk kan pukul 9.48 sekarang.......ehhh......bukan baru bangun la..aisshh..AP baru hupdate blog nie...biasalah bile balik kampung nie banyak masa nak kene disediakan untuk borak2 dengan mak saudara... maen dengan kazen....tolong2 masak walu dalam hati membara kemalasan...eh..sapu umah pulak..tue belom lagi pakej tolong2 lipat kaen..basuh pinggan, kemas dapur..al-maklum lah anak kura-kura  dara..hahahaha.....terpakse tapi kene la buat jugak kan..nanti apa pulak orang kate... haisshh sempat jugak bermuka buku dan hupdate blog..dengar2 bisik2 manja dari mak saudara..asik menghadap laptop jerh meh tolong buat2 kerja rumahh nie.....[pless bagi masa 5 saat untuk AP nak hupdate blog jap ea wahai mak cik2 ku cayang].tipu sangat kan 5 saat.huhuhhu.......alahaii..nak  buat lagu mana kan..dah terminat dan terlebeh minat dengan dunia maya nie....ehh...ingat semalam tak jadi pergi Cameroon Diaz Highland...Alhamdulillah hari nie cuaca pon cerah la jugak koz tak de tanda2 nak hujan..so family pon rancang nak pergi jalan2 dulu sambil menunggu masa nak dinner kat 'Lipis Height' [jemputan makan malam special oleh seseorang]...hahaha..
    k doakan lah kami bekerluarga selamat sampai ea....... selamat bercuti to u oll yang bercuti arinie......jangan nakal2 n selamat beramal.......ahaakzzzz........

    AP  : mood sangat baek hari  nie...wohhhhhhoooo!!!

    Friday, November 5, 2010

    kembali ke sini lagi.....

    haii u oll.......okehh..seperti yang diwar2kan semalam..AP akan kembali ker kg AP iaitu Kuala Lipis Pahang......ye..ye..itulah kg Tok Ti  [Dato' Siti Nurhaliza] ... Artis fofuleeeeeeer Malaysia....perjalanan yang mengambil masa lebey kurang 5 jam telah AP tempuhi....waduh2....penat sangat rasa..walu sebagai penumpang setia dan bukan pemandu AP tetap merasai kepenatan..kenapakah?? kerana AP sungguh penat merasai ketakutan dan membuat bising dalam kereta...hahahaa..kenapakah pula begitu ea?? kerana keadaan hujan la..masuk jerh sempadan negeri Pahang..hujan dah mula turun..jadi AP pon ape lagi rasa cam seram n cemas la bila ayah AP yang memandu tue seakan2 laju padahal 60 km/jam jer..erkk..lajukah itu?????? AP bukan per..ter fobia pulak dengan kelajuan sampai ayah AP  cakap.. laen kali naek kete kene makan ubat tido supaya AP tido n tidak membisingkan diri..hohoho.......nak tergelak pon ader..tapi tue lah AP......hahahaah..dan  Alhamdulillah.........akhirnya selamat jugak sampai ke kampungku ini...........walu nenek n atuk dah takder..heppy jugak dapat jumpa saudara mara yang balik jugak bercuti....tapi cam sedey pon ader coz plann esok nak pergi jalan2 ker Cameroon Highland tapi tak jadi koz faktor cuaca tak mengizinkan..mak saudara cakap nak cuba jalan baru 2 jam lebey jerh dari kampung AP.....ermm,,xpe..laen kali la kan..InsyaAllah law ade masa..n wangg........hehehe

    AP : penatnyer....wanna sleepppp..(-_-)...ZZZzzzzzz

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails

    lain2 untuk dibaca :

    ..