KALAU SUKA..

Friday, June 8, 2012

kurang 1 beban...

salam..

ini hanya contengan luahan perasaan :

Alhamdulillah..tadi baru habis test 2 untuk subjek Account.. lega rasa walau  tak buleh jawab sangat... hahaha..kerana terasa seperti lepas satu beban..padahal beban lain menunggu dengan banyaknya..
maklumlah UiTM dah nak menuju ke peperiksaan akhir, jadi banyak jugalah kerja yang harus disiapkan. dibentangkan,dihantarkan..dan bermacam2 'di' larh... 24 jam sehari memang tak cukup!!
jadual exam pon dah keluar... Alhamdulillah..tarikhnya nampak menarik...tak terlalu rapat jarak paper yang harus diambil,,,..

< Universiti lain ada yang dah start exam kan> gud luck yer kawan2...

Wednesday, June 6, 2012

suami romantik... alahai..bertuahnya isteri....

salam..
walau tidak di ucap oleh seorang insan biasa bergelar isteri, pastinya kesemua wanita mendambakan untuk memiliki seorang suami yang benar-benar terbaik untuk dirinya..tidak hanya dari segi luaran seperti harta dan kekayaan..yang paling utama adalah Agama nya dah akhlak si suami itu sendiri...
Alahai..bertuahnya kalau seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki yang berpegang teguh pada ajaran agama, romantik, sangat membantu si isteri, dan bertanggungjawab...


Dalam konteks romantik yang ingin nur utarakan disini adalah tidak hanya dengan memberi hadiah2 tak kira lah mahal atau murah, atau melakukan perkara2 yang boleh mencuit hati isteri,tetapi romantik dari  dari segi pertuturannya dengan si isteri,, 
Kata2 indah dari suami pastinya sangat dinanti-nantikan oleh si isteri. 
Mungkin tidak diluahkan oleh si isteri namun apa salahnya andai si suami sekali sekala memberikan si isteri kata-kata pujian atau kata-kata romantik untuk mengurangkan lelah si isteri..

berubah menjadi romantik untuk kebaikan bersama..TAK SALAH KAN... hehe

nak share sedikit kata2 yang nur baca di laman social tadi.....


♥ buat  ISTERIKU..

" Jika Syurga adalah bunga,
saya akan memetiknya untuk kamu,
Jika Syurga itu burung,
saya akan menangkapnya untuk kamu,
Jika Syurga adalah sebuah rumah,
saya membina untuk kamu, tetapi Syurga Jannah tidak pernah dilihat,
dan saya akan berdoa kepada ALLAH untuk menempah untuk kamu...''

dari SUAMIMU ♥




nur sangat tertarik dengan kata2 kat atas nie....ada sesiapa tak yang nak cuba bagi dekat wife masing2?? ada berani......or masih segan2.??

kesimpulannya : tidak perlu hadiah yang mahal2 untuk menambat hati si isteri..dengan kata-kata manis dan kasih sayang.. mampu menjadikan isterimu insan paling bahagia... mudah-mudahan... :)

Friday, May 25, 2012

kesedihan berganda..

salam..
entry ini  tribute untuk arnab2 kesayangan saya yang kesemuanya telah mati...
Ketiga2 mereka telah pergi..




arnab2 ku yang sungguh comel,..
kini tiada lagi keletah kalian..
bermain didepan mata,.
tiada lagi kalian untuk ku belai dan bermanja..
tiada lagi kalian untuk kusuapkan makanan,
tiada lagi kalian disaat aku lelah dan putus asa untuk kutatap lalu kesemua keresahan itu terbang pergi..
yang tinggal hanya bait2 memori,,.
yang membuat air mata ini menitis,,
sungguh aku rindu dan sayang kan kalian,.
biarlah mereka tertawa melihat aku menangisi pemergian kalian.
biarlah mereka kata aku bazirkan air mata untuk kalian.
kerana mereka tidak pernah sedar.,tidak pernah mengerti..
erti  sebuah KEHILANGAN...




~BEMBIE, BUNNY, BOBO DALAM KENANGAN~


setiap kenangan bersama kalian sangat indah..tak sanggup rasanya untuk ku kenang kembali..kerana setiap kali aku mengingati kamu2..aku akan menangis.. aku seakan tidak percaya kalian pergi meninggalkan aku.. benar..kalian hanyalah arnab dimata mereka..tetapi bagi ku..kalian sungguh istimewa...

 :(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

lain2 untuk dibaca :

..