KALAU SUKA..

Showing posts with label isu semasa. Show all posts
Showing posts with label isu semasa. Show all posts

Sunday, February 12, 2012

say NO to valentine's Day - Katakan tidak pada hari Valentine


salam..

untuk pengetahuan semua / seperti yang semua tahu, hari Valentine (14 FEBRUARY) adalah haram bagi semua umat Islam untuk meraikannya...tak perlu mencari alasan untuk menghalalkan sesuatu yang sememangnya haram. 
tak perlu mencari madah-madah untuk membetulkan  sesuatu yang sememangnya salah.. ingat..
 'MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA'



Cinta tidak perlu dibuktikan dengan sejambak  bunga yang bisa layu, sekotak makanan manis yang merosak gigi, atau jalan-jalan di malam hari yang merosak kesihatan...

Cinta sejati dibuktikan dengan komitmen kepada Allah untuk bersama-sama mengejar syurga =) ♥


Saturday, February 4, 2012

suami upah jiran hamilkan isteri


salam..
just nak share :

STUTTGART – Hakim mahkamah Jerman perlu memutuskan satu kes sama ada seorang defendan ‘benar-benar berniat jujur’ apabila menerima upah daripada plaintif bagi melakukan hubungan seks dengan isterinya supaya mengandung tetapi gagal selepas 72 kali cubaan.

Plaintif dikenali sebagai Demetrius Soupolos, 29, yang memperisterikan seorang bekas ratu, Taute. Pasangan itu amat mengidamkan cahaya mata tetapi malangnya Soupolos dimaklumkan doktor bahawa dia mandul.

Meskipun pada awalnya dibantah oleh isterinya, Soupolos berjaya menenangkan Taute mengenai rancangannya mengupah jiran, Frank Maus, 34, ‘membantu’ mereka mendapat anak.

Bagi Soupolos, rancangannya tentu boleh berjaya, lebih-lebih lagi dia baik dengan jirannya itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak.

Soupolos memberi upah 2,500 euros (RM) dan Maus diberi tugasan menghamilkan Taute menerusi sesi berasmara tiga kali seminggu bagi tempoh enam bulan.

Laporan media Jerman menyatakan, Maus ‘berusaha bersungguh-sungguh’ dalam tempoh itu untuk memberi berita gembira kepada Soupolos.

Malangnya, usaha Maus itu tidak berhasil dan dia memutuskan untuk berhenti selepas isterinya pula membantah.

Dia kemudian memberitahu Soupolos: “Seperti juga kamu, saya kecewa tidak dapat memenuhi impian kamu. Lagipun, saya lakukannya kerana mendapat upah. Saya harap anda dapat memahami.”

Soupolos, bagaimanapun, menyuruh Maus menjalani pemeriksaan doktor apabila Taute tidak mengandung selepas enam bulan.

Doktor membuat pengumuman mengejutkan, Maus juga mandul. Itu memaksa isterinya menjelaskan kepada Soupolos dan Taute bahawa Maus bukan bapa kepada dua anak mereka.

Ia menyebabkan Soupolos menyaman Maus atas dakwaan melanggar kontrak dan supaya wangnya dikembalikan.

Tetapi, ia ditolak Maus atas alasan dia tidak memberi jaminan Taute akan hamil tetapi hanya berjanji untuk ‘berusahabersungguh-sungguh.’ – Agensi

sumber dikutip--> mynetworks.my   

My Networks
tak tau larh nak cakap macam mana.
ada jugak rupanya orang2 macam nie.
manusia memang pelik.
adakah ini fraud?? tak belajar law la plak..

Wednesday, February 1, 2012

Safee Kekal Di Pelita Jaya Dengan Pakej Bernilai RM2Juta++


salam..
sebenarnya nur tak tahu pon berita ni bertarikh bila..tapi tadi baru terbaca di fesbuk, so terfikir larh nak share kat sini.. .. hebat larh Safee Sali nie kan..tahniah diucapkan..semoga beliau lebih berjaya n mengharumkan nama negara.. 

ni larh dia  sedikit coretan apa yang nur baca tadi  :

Penyerang sensasi negara, Safee Sali mengesahkan penyambungan kontrak bersama Pelita Jaya FC sehingga 2014  dengan pakej bernilai lebih RM2juta termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar oleh kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur  dan penghormatan sebagai Ketua Pasukan .

-Sinar Harian-



tak lama lagi dapat pangkat Datuk larh Safee Sali ni..hehhehe

Saturday, March 12, 2011

tsunami di JEPUN..

Salam u oll..apa khabar?? harap u oll sihat n sentiasa berada dalam keadaan yang baek ye..
erm..berbalik kepada tajuk arinie... sebenarnya saya sangat terperanjat apabila mengetahui musibah yang menimpa negara Jepun..

semalam..balik sahaja dari kelas @ test untuk subjek tamadun islam.. saya pon landing2 la atas katil sambil dengar radio,.tengah2 syok dengar.. DJ radio tue bagitaw tentang tsunami..apalagi..saya memang terkejut n agak berdebar2 bila beliau cakap yang maybe Labuan n beberapa tempat kat Malaysia pon berkemungkinan jugak dilanda tsunami...Ya Allah,,.takutnye bila dengar..

sedikit info tentang tsunami  di Jepun yang saya dapat  melalui tv3 online

Media tempatan melaporkan angka korban akibat bencana gempa bumi dikhuatiri mencecah seribu orang.


Lebih 3 ribu penduduk di Onahama City terpaksa dipindahkan selepas loji nuklear berdekatan mengalami masalah sistem pendingin.

Mereka diarahkan untuk berada sekurang-kurangnya 3 kilometer dari kawasan loji dan elak diri daripada keluar.

Tekanan satu daripada 6 reaktornya meningkat 1.5 kali ganda berbanding tahap normal.

Beberapa jam selepas arahan pemindahan, kerajaan mengumumkan loji janakuasa nuklear itu perlu melepaskan wap radioaktif bagi mengurangkan tekanan dan bagi melindungi ia daripada kemungkinan melebur.

Loji tenaga Fukushima ini terletak di selatan Miyagi, lokasi sebuah loji nuklear Onagawa yang terbakar.

Sebuah lagi reaktor nuklear di Onagawa pula berdepan kebocoran air.

Kajian geologikal Amerika Syarikat mengesahkan gempa dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter itu adalah yang terbesar pernah dicatat di Jepun sejak ia mula direkod pada tahun 1800.....



saya harap Malaysia dan juga semua umat Islam akan sentiasa dilindungi Allah SWT... 

Bersabarlah menerima musibah kerana setiap perkara yang berlaku ade sebab dan alasanya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

lain2 untuk dibaca :

..