semalam saya baru mendapat berita ibu saudara kepada sahabat saya baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raye..walau tidak mengenali arwah tetapi sungguh sebak rasa dihati nie bila dapat mesej yang ibu saudaranya sudah meninggal..ea lah..sudah penghujung ramadhan..syawal pula hampir menjelma..sudah pasti kemeriah syawal tidak bermakna lagi tahun ini bagi mereka sekeluarga..mungkin masih dapat meraikannya namun kemeriah pasti tidak seperti dahulu..
bagi ahli keluarga pasti terkenang apabila melihat persiapan2 raya seperti baju raya..kuih muih dan lain2 yang telah disediakan untuk menyambut syawal..Ya Allah..hibanya rasa....
Dan saya bertanya pada diri saya..mungkinkah ini ramadhan terakhir buat saya..atau mungkin ahli2 keluarga,juga sahabat2 saya.bukan meminta..hanya sekadar pertanyaan untuk muhasabah diri yang kerdil ini....sesungguhnya hanya Dia yang Maha Mengetahui sedang saya tidak mengetahui apa2 selain apa yang dikehendakiNya sahaja.,
NCA : berhati-hati dijalan raye..ingatlah orang tersayang,.juga hargailah orang disekeliling kita kerana mereka juga mempunyai insan2 yang menyayangi mereka....
