KALAU SUKA..

Saturday, July 21, 2012

salam Ramadhan Al-Mubarak

salam..

Alhamdulillah...bertemu lagi kita dengan bulan yang penuh kemuliaan.. Bulan yang dijanjikan Allah SWT pahala yang berlipat kali ganda...bulan yang terkandung malam yang berkat... bulan keredhaan.. bulan keampunan..bulan keberkatan.. insyAllah jika kita sama-sama mengimarahkannya...

kumpullah sebanyak mana pahala yang mampu untuk dijadikan bekalan.Siapa tahu ini adalah Ramadhan terakhir kita < owh..sayu pula rasa :( >


Kenapa Allah sembunyikan pahala.? tidak dapat dilihat dari pandangan mata?? 
teringat satu petikan kata-kata yang pernah nur dengar/baca < maaf saya sudah lupa> berbunyi lebih kurang macam nie : 

'' jika pahala itu nampak seperti emas yang jatuh dari langit, pasti manusia akan meninggalkan semua urusan dunia semata-mata mahu mengumpulkannya.''.  ( kalau ada khilaf tolong betulkan yer)

so..apa lagi tunggu, walau kita tak nampak pahala tue, kita kene sentiasa yakin dengan janji Allah SWT..
Kejar lah pahala selagi kita mampu.. ( pesanan untuk diri nur juga, hamba yang dhaif ini..).. Semoga dengan kehadiran bulan Ramadhan ini dapat membantu kita memperbaiki diri kita dan mendekatkan lagi hubungan kita dengan Pencipta kita..InsyaAllah..

tak tahu apa dah nak tulis.. apa-apapon, nur ucapan.. selamat menyambut Ramadhan Al-mubarak..tahun 1433Hijrah.. semoga Ramadhan tahun ini adalah lebih baek dari tahun2 yg sebelumnya..InsyaAllah..Aamiin..SELAMAT BERPUASA.. :)


Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)  


wallahualam,,

2 5 insan yang sudi meluahkan perasaan:

OKje said...

Yelah....... Allah nak menguji keimanan kita, samada kita percaya kepada perkara yg ghaib ke tidak kan izati...

IdaRaida said...

selamant berpuasa :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

lain2 untuk dibaca :

..