KALAU SUKA..

Friday, May 25, 2012

kesedihan berganda..

salam..
entry ini  tribute untuk arnab2 kesayangan saya yang kesemuanya telah mati...
Ketiga2 mereka telah pergi..




arnab2 ku yang sungguh comel,..
kini tiada lagi keletah kalian..
bermain didepan mata,.
tiada lagi kalian untuk ku belai dan bermanja..
tiada lagi kalian untuk kusuapkan makanan,
tiada lagi kalian disaat aku lelah dan putus asa untuk kutatap lalu kesemua keresahan itu terbang pergi..
yang tinggal hanya bait2 memori,,.
yang membuat air mata ini menitis,,
sungguh aku rindu dan sayang kan kalian,.
biarlah mereka tertawa melihat aku menangisi pemergian kalian.
biarlah mereka kata aku bazirkan air mata untuk kalian.
kerana mereka tidak pernah sedar.,tidak pernah mengerti..
erti  sebuah KEHILANGAN...




~BEMBIE, BUNNY, BOBO DALAM KENANGAN~


setiap kenangan bersama kalian sangat indah..tak sanggup rasanya untuk ku kenang kembali..kerana setiap kali aku mengingati kamu2..aku akan menangis.. aku seakan tidak percaya kalian pergi meninggalkan aku.. benar..kalian hanyalah arnab dimata mereka..tetapi bagi ku..kalian sungguh istimewa...

 :(

Tuesday, May 22, 2012

pendidik emosi?? apa kata anda...

salam.. dah lama nur tak update blog..sibuk sangat lah konon.... 
nak curi masa pon tak sempat..hehe < bohong saja itu> 
mungkin agak lewat entry ini, tapi sempena 16 mei lepas yakni HARI GURU (pendidik) nur nak ucapkan  selamat hari guru kepada semua guru2 yang pernah mendidik dan memberi ilmu kepada nur..segala jasa yang pernah ditabur tidak mungkin akan nur dapat balas..apa yang nur mampu ucapkan adalah TERIMA KASIH CIKGU..

cuma sedikit isu yang nur ingin ajak u olls berbincang tentang guru nie.. bila seorang guru beremosi, terlebih emosi, beremosi pelik. atau apa2 sahajalah yang u olls rasa...
sapa2 yang nak join buleh lah buat entry  bertajuk  " pendidik emosi?? apa kata anda..." atau komen kat sini.. teringin jugak nur nak baca pengalaman2 u olls sebagai pelajar atau mungkin sebagai guru sendiri... jangan lupa letak link dekat komen,senang nur nak menziarahi u olls nanti... 


okeh..salam kerinduaan...

sedih bila arnab kesayangan mati.. :( 17mei2012
bembie dlm kenangan :((

Saturday, May 12, 2012

hari ibu haram??

salam,.

sempena hari ibu mesti ramai yang bersungguh-sungguh nak meraikan hari ibu kan..
tapi nur terbaca dalam fb yang mengatakan hari ibu ni haram..

share pic nie :

tapi ada juga pandangan yang berbeza..boleh baca sini :
nur pon tak tahu lah mana yang betoll.harap2 ada yang sudi berkongsi pandangan..supaya tak de lah keliru sangat hamba yang dhaif nie...

bagi nur.,
hari2 merupakan hari ibu..
hargailah ibu anda selagi beliau masih ada..

jangan nanti disaat dia telah pergi, baru anda menyesall..
saat itu sesal tiada gunanya lagi..

owh..saya sangat rindu pada arwah ibu saya..

semoga rohnya ditempatkan dikalangan hambaNya yang solehah..Aamiin..


blessed is your face,
blessed  is your name...
my beloved..
bless is your smile,
which makes my soul want to fly my beloved.
all the night and all the times that, you cared for me,
but u never realised it, and now it's too late,,forgive me.

Now i’m alone filled with so much shame
For all the years i caused you pain
If only i could sleep in your arms again
Mother i’m lost without you

You were the sun that brightened my day
Now who’s going to wipe my tears away
If only i knew what i know today
Mother i’m lost without you...


Wednesday, May 9, 2012

carilah hatimu wahai teman..

salam..

Hati kita susah nak dijangka
kadang kala ia nampak kuat, sebenarnya ia rapuh...
Kadang kala ia sebenarnya kuat, tetapi kita tidak menyedarinya....

teman..
carilah hati mu pada solat,
kerana solat mengajarmu kesabaran,
erti ketaatan pada Penciptamu,
kasih sayang, kepercayaan..
Peneguh keimanan.
Penambah keutuhan jiwa mu,,
Pemantap keteguhan raga mu...

usahalah kau lepas hatimu bebas,
mencari sesuatu yang belum pasti,
yang lantas membuatmu lemah,
kerana kita hanya ada satu hati,
jika baik hati itu, maka baiklah ia...

wallahualam...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

lain2 untuk dibaca :

..