KALAU SUKA..

Thursday, December 22, 2011

KEJAYAAN BUKAN WARISAN.. KEGAGALAN BUKAN TRADISI.

Salam...

nur dapat tahu hari nie result PMR keluar...bagi yang nak dapat result tue, mesti macam2 perasaan dah berombak di dada kan... Haa. mesti adik2  berdebar2 menunggu keputusan kan,.entah2 semalam dah tak lena tidur kot..risau punya pasal..orang cakap debar berlebih macam nak tunggu orang masuk meminang pula ( bagi perempuan kot).. yang lelaki pulak dalam cool tue mula lah telefon orang tue.. telefon orang nie..nak bagitaw punya tak sabar nak dapat result...( tapi  tak semua  la macam tue.)
seronoknya kalau dapat Straight A's dalam setiap peperiksaan kan.. rasa macam dunia ni kita yang punya kot..tapi kalau tak dapat tue..alahai..sedihnya rasa..tengok kawan2 yang dapat semua A mula lah rasa jeles lebeh.. mak ayah pulak..bukan main..ada la nak bandingkan dengan anak mak cik tu lah..mak cik ni lah...orang tue lah..orang nie lah..tension2....


apa-apa pon nur doakan yang terbaik untuk adik2..terutama adik lelaki nur yang bakal dapat result hari nie..tak sabar nak tunggu dia call nie..hehehe

kepada yang berjaya..tahniah...dan kepada yang gagal..jangan putus asa..teruskan berusaha,..
cuma satu yang adik2 perlu ingat.. tak berjaya dapat straight A's  ni bukan bermakna gagal  yer..
teruskan usaha dan jangan putus asa okeh...

untuk ibu bapa pulak - jangan men'stress'kan anak2 anda..apa pon keputusan yang diperolehi sokonglah mereka kerana mereka sememangnya memerlukan sokongan dari ibu bapa..saat mereka berjaya..peluklah dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran..dan di saat mereka gagal..peluk lah mereka dalam dakapan semangat kerana mereka sememangnya memerlukan sokongan dan shoulder to cry on.....


kawan2..share lah pengalaman sikit.. :)

3 5 insan yang sudi meluahkan perasaan:

Anonymous said...

biasa mak bapak zaman sekarang mmg pentingkan education tp xsedar yg depa dh stresskn anak2 sendiri.bila anak xdpt nak capai apa yg parents harapkan mula la kecewa.. putus asa.. paling xsuka bila dibandingkan.. smua org ada kelebihan msing2 n ada ssetengah anak tu xmenonjol dlm pelajaran ...

n lg 1 gagal sekali xbermakna selamanya gagal

eddy syrol said...

semoga ramai yang berjaya.. kejayaan sebenar tu masih jauh jika dibandingkan PMR... (~_~)

nur chahaya said...

btoll tue.. :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

lain2 untuk dibaca :

..