KALAU SUKA..

Sunday, December 19, 2010

Berfikiran positif..

 salam sumer....harinie AP nak berkongsi pandangan AP tentang tajuk diatas..bagi AP sendiri..AP akui AP seorang yang agak negatif dalam melakukan sesuatu perkara...Dulu AP seringkali menganggap semua yang berlaku yang menjadikan diri AP sedih...kecewa...marah...menangis adalah sesuatu yang negatif, kadang - kala ia membuat AP lemah dan sangat tidak berdaya untuk meneruskan hidup ini...

Namun setelah melewati semuanya..semakin hari AP rasakan bahawa diri ini semakin matang untuk mentafsir definisi sebuah kehidupan ( walau belum mampu mengenali istilah hidup itu sendiri ) AP mencuba untuk menjadikannya sesuatu yang positif....Menerima segala teguran dengan hati yang terbuka dan mengakui segala kelemahan @ kesilapan diri yg kita tidak nampak dari kaca mata sendiri..Cuba untuk memperbaikinya..Melihat orang sekeliling dengan pandangan positif dan cuba menyesuaikan diri dengan keadaan dan situasi......cuba untuk menjauhi dari memikirkan perkara2 yang negatif sehingga menyebabkan AP merasa lemah @ kecewa lgi....

Berfikiran positif dalam apa juga situasi akan menjadikan kita semakin tenang dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan.. Kita juga pasti akan lebih menghargai dan merasai kemanisan hidup ini..Yer....Apabila kita mula memandang setiap sesuatu yang berlaku dari sudut yang positif pasti kehidupan akan menjadi lebih baek malah bertambah baek dari sebelumnya....InsyaAllah..

AP  : Selamat berfikiran positif..semoga kehidupan kita menjadi lebih manis dan membahagiakan... =)
        Allah SWT tidak akan menguji kita sia2..itu tandanya Dia menyayangi kita...Dia Maha Penyayang!!

Thursday, December 16, 2010

ini hobi saya.....

Hobi saya adalah membaca.............hobi beliau pula bermain badminton......hobinya menulis blog....hobi mereka bermain bola sepak....ada juga yang hanya gemar melayari internet atau menggunakan komputer untuk bermain game...Hobi anda pula bagaimana??
 Terdapat pelbagai  hobi  yang berlainan dimiliki oleh individu2 yang berbeza...Setiap orang mempunyai citarasa yang tersendiri...namun harus diingat, setiap orang juga harus menghormati hak individu laen dan tidak sewajarnya mempertikaikan tentang obsesi mereka terhadap sesuatu yang kita rasa tidak menarik tetapi mempunyai persepsi berbeza dari mereka......
Kadang kala untuk peminat music, lagu adalah seni yang indah untuk dihargai  namun bagi bukan penggemar seni, music hanyalah cabang hiburan  iaitu sekadar halwa telinga disaat kesunyian yang tidak memberi sebarang makna untuk dirinya.......
Oleh itu,......hormatilah apa jua minat yang dimiliki oleh orang sekeliling kita selagi mereka tidak menganggu kehidupan kita.......dan kita juga harus menghormati hak mereka dan melakukan sesuatu yang kita minat tanpa mengganggu kehidupan orang laen.........


AP : adikku sayang paling suker sesuatu yang berkaitan bola.......yang tak bestnyer..kalu tengok tv..sanggup tengok rancangan yang sama diulang tayang.......aduyaaii.......jemu AP tengok..sampai ckp dekt  dia dah tak de cerita laen ker kat tv tue..asyik citer same jerh..huhuu ........

~congrat to Malaysia coz MENANG  2 - 0 dengan Vietnam..
 Malaysia bolehh.!!..

Saturday, December 11, 2010

prinsip pemakanan ketika hamil

salam........harinie sedikit info pemakanan untuk anda2 yang sedang hamil..........harap dapat dijadikan panduan untuk kalian yer..
  1. hindari makanan yang dapat membahayakan ibu dan janin.
  2. usah berdiet ketika hamil.
  3. makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.
  4. ambil vitamin ibu hamil secara teratur.
  5. minum air secukupnya.
  6. lebihkan makan buah-buahan dan sayur - sayuran.
  7. kurangkan makan makanan berkafein, manis dan air berkarbonat. 
  8. jika boleh elakkan makanan segera.
  9. amalkan diet seimbang. ertinya mengandungi sumua zat yang diperlukan oleh tubuh dan baek untuk kesihatan janin.
  10. minum susu secukupnya.

AP : suami harus peka n ambil berat tentang keadaan kesihatan isteri semasa mengandung..semoga semuanya baek2 sahaja.. =)

info dari : majalah wanita dis'10

persediaan dokumen pernikahan

salam...bulan disember ni sempena cuti persekolahan yang lame..banyak sungguh undangan perkahwinan yang diperolehi....tak menang perut nak pergi makan......hohohoh...
seperti sudah menjadi kemestian, kebiasaannya  untuk pasangan mempelai @ keluarga mengadakan perkahwinan pada musim cuti sekolah...
Alasannya dapatlah keluarga n rakan2 datang memeriahkan lagi majlis dan datang berkumpul lebih lama dirumah pengantin..mungkin la  kot  (-_-)...

         okeh..harinie AP nak kongsi dengan u oll yang mungkin merancang untuk berkahwin dokumen2  pernikahan yang harus disediakan sebelum perrnikahan diadakan....pastikan segalanya lengkap yer...nanti huru-hara pulak jadinya.....jom periksa adakah sumer nie sudah termasuk dalam list anda : 

  1. salinan kad pengenalan.
  2. salinan surat beranak @ sijil lahir..
  3. salinan surat nikah ibu bapa.
  4. salinan kad pengenalan wali.
  5. gambar bersongkok atau bertudung bersaiz pasport.
  6. salinan sijil kursus pra-perkahwinan.
  7. perintah bertulis dari mahkamah mengenai wali hakim/ poligami/ nikah bawah umur..
  8. kebenaran kedutaan jika warga asing.
  9. kebenaran majikan bagi polis atau tentera.
  10. surat pengakuan bujang dari majikan [ lelaki sahaja ]..
  11. surat cerai jika pernah berkahwin.......

AP : selamat pengantin baru n bahagia hingga ke akhir hayat bersama orang2 yang ditakdirkan untuk menjadi pasangan anda......semoga tabah menempuh alam baru n matang menghadapi segala mehnah kehidupan ini..Amin.....InsyaAllah.......

    Saturday, December 4, 2010

    baru dapat hupdate blog...

    Salam sumer..pekabar kawan2 blogger sekalian...semoga sihat sentiasa lah hendaknyer yer..erm..setelah sekian lama tidak dapat hupdate.. [Alasan yang sama seperti sebelum ini yer ] aisshhh....banyak sungguh alasan kamoo yer cik AP..huhuh...hari nie barulah AP berkesempatan menghupdate blog nie..sebenarnya AP memang setiap hari teringin nak hupdate blog tapi secara jujur dan amanah dengan ini menyatakan bahawa internet memamg menjadi masalah utama AP...kenapakah?? .wajarkah AP  menyalahkan internet....??
        0f  coz and abselutely yes.......kat kawasan rumah AP nie kelajuan internet hanyalah puratanya   o.1 KB/s - 11.O KB/s........memang masalah sesangat kalu nak bukak laman2 web nieh.......terutama bila nak sign in blog...fesbuk dan lain2....kalu laman web kerajaan lagilah masalah [bukan nak salah kan kerajaan erk tapi tak tahulah kenapakah jadi begitu...]...Kadang2 tak lepas pon nak masuk mane2 laman web......
        Tapi sekurang-kurangnya AP bersyukur jugak dengan  segala masalah atau kekurangan yang AP hadapi nie AP masih mampu melayari internet...kalau borink boleh menonton television..bermesej mesehan dengan kawan2 tersayang...jika dibandingkan dengan mereka2 yang  hidup serba kekurangan..malah ada yang hidup tanpa kemudahan asas yang lengkap...Alhamdulillah......syukur sangat2..tak dapat AP bayangkan kalu suatu hari Allah S.W.T tarik balik segala nikmat yang telah dipinjamkan nie...entah la macam mana nak hadapinya........

    AP : pernah menonton dokumentari tentang satu kaum yang tinggal di Sarawak yang masih hidup secara nomad @ berpindah randah...menjadikan hutan sebagai tempat tinggal..memburu haiwan   sebagai sumber pencarian  makanan....tinggal pulak di rumah yang hanya diperbuat dari kayu dan berbumbung nipah....tak terbayang kalu AP yang tinggal ditempat macam tue..mau gilakk jadinyer..huhuuh

    ~Allah SWT tidak akan merubah suatu kaum itu sehingga mereka yang merubah diri mereka sendiri..~

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails

    lain2 untuk dibaca :

    ..