KALAU SUKA..

Thursday, December 12, 2013

coretan selepas bersawang..

salam..

Lama rasa tak merapu dalam belog nie.. sangat merindui belog tapi sibuk sangat sehingga mengabaikan saudara belog ini..maaf yer..
 
Tak ada idea nak menulis apa.. tapi sekadar perkongsian sahaja dari tak ada apa-apakan..

 
(sumber : fb sahaja)

semoga kita tergolong dalam golongan yang baik2.. inshaAllah.. 
diakhiri perjalanan kita dengan khusnul khotimah,..Aamiin..


maaf sahabat2 andai diri ini pernah melukaimu,
aku bukan insan mulia,
aku hanya insan biasa, 
yang tak pernah terlepas dari dosa,
kadang kala aku mungkin melukaimu,
namun percayalah,
ana uhibbukkum fillah abadan abada.. :)


Saturday, September 21, 2013

hidup dan kita

Salam.,,



Perjalanan hidup kita,
Penuh suka duka,
kadang kala kita ketawa bergembira
Sesekali duka mengetuk membawa air mata,
Mehnah sebuah kehidupan,
Menjadikan hidup kita indah.,

Saat diuji kita  merasakan lemah,
Namun disebaliknya terkandung hikmah..
Hingga suatu saat kita terfikir,,.
Sesuatu yang sukar itulah sebuah kenangan manis yang sebenar..
Yang mengajar kita erti sebuah kehidupan.....

Sunday, May 12, 2013

Kenangan aku dan ibu

 Ibu,.
Tawamu sudah hilang dari mataku
Suaramu sudah bisu ditelingaku
Kasihmu yang ku damba telah tiada,
 Aku telah hilang satu keberkatan di dunia...


Ibu,
 Sungguh aku rindu menatap wajahmu..
Sungguh aku rindu mendengar bisikmu,
Sungguh aku rindu segala-galanya tentang ibu.


Ibu,..
 Meski dulu aku seakan jemu dengan teguranmu..
Namun Kini bila ibu pergi..
 Aku belajar menghargai...
Sesuatu yang tidak aku miliki lagi....



 Ibu...
Aku  rela mahu mendengar apa sahaja yang ingin ibu ucapkan..
Bisik sahaja apa jua kata-kata padaku..
Akanku dengar... Akan ku patuhi..
Asal engkau bersamaku saban hari..

Tapi pasti...
Itu hanya mimpi disiang hari..
Ibu..
 Kini.... aku melalui hari -hari sunyiku sendiri..
Sunyi tanpa mu,... Sunyi tanpa ibu... Ya..hidupku Sunyi...






 "IBU.. Hanya doa mampu kukirim..,
smoga ibu tenang disana" Aamiin...
Hargailah ibu anda..
selamat hari ibu pada semua ibu-ibu yang bergelar ibu...

Saturday, April 27, 2013

Gyiomi..

salam.


alahai..sekarang tengah meletop2 pasal gyiomi ni..
kalau buka youtube pasti bersepah-sepah video gyomi..
macam-macam stail ada.. 
mula-mula tengok saya tak paham langsung apa yang mereka buat.
dah mula lah tertanya-tanya 'apalah yang si minah/mamat ni tengah buat?" 
then tengok lagi baru paham..
oh..aksi comel sambil kira nombor rupanya... 
ermm..memang comel. tapi................. fikir lah sendiri...


'bila Allah tarik sifat malu dalam diri kita, 
ermmm......sedihnya laa... wallahualam..

pic tue tiada kaitan dengan gyiomi ok.. :)

Friday, April 26, 2013

selamat mengundi

Salam..

Umum mengetahui yang 5hb Mei 2013 ni akan berlaku pilihannraya umum Malaysia..
So.. bagi yang layak mengundi tu, marilah kita sama-sama menjalankan kewajipan pada negara...he3

Seronok bila tengok penyokong-penyokong bersemangat ,tp teringat kat hari penamaan calon baru-baru ni,, ada yang kelakar.. ada yang macam budak2...

Tak salah jadi penyokong tegar, tapi jangan terlalu fanatik sangat...


Selamat mengundi buddies,..♡♥♡♥♡

Saturday, March 30, 2013

baucer buku 1 Malaysia 2013

Salam


Alhamdulillah..baucer buku telah selamat diguna sebanyak rm200  untuk external hard disk ni.., di pc fair yang menerima baucer buku 1 Malaysia..,





Rm50 lagi baki akan diguna untuk lain-lain alat tulis...


"Hard disk pon alat tulis juga kan...,hehe"

..sah di gerai-gerai terpilih@memilih  sahaja,,.

Wednesday, March 27, 2013

how to choose your better half??

Salam...


When deciding on who to marry,
Make the wise choice,
Choose character over beuty
Person  Over money,
Mind over body and
Religion over degree...

When making DU'a to Allah S.w.t ask for the total package....
♡♡♥♥

Sunday, March 24, 2013

kehilangan.....

Salam...  


Kehilangan sesuatu yang kita sayang sangat menyakitkan...
Apabila mengetahu bahawa kematiannya adalah sangat tragis adalah lebih menyakitkan..

Saya kehilangan  seekor arnab yang sangat disayangi kerana anjing..:(

Maafkan saya "embie" kerana gagal menjaga kamu...


Saya sayang kamu sangat......♡♥♡♥■♥■♥♡■♡♥

"Embie dalam kenangan..... 8 March 2013"

Tuesday, March 19, 2013


salam,,,,,,,,,,


lepas tengok cerita Nur Sarah Sabtu lepas 16 March lepas terus fall in love dengan lagu nie...


Astrid : mendua..

Ku tak habis fikir,  Kurangku dimana
Kau tega melepaskan aku , Jauh ku menatap
Namun terlalu jauh , Imaginasiku terberai
Terdiam  aku , beku tanpamu , Dimanakah letak hatimu
Kau putuskan , Tuk mendua Dengan dia
Dibelakangku , Padahal ku pilih kamu.
Jadi cinta terakhir.. Ku tak habis fikir kurang ku dimana
Kau tega melepaskan aku  Jauh ku menatap namun terlalu jauh imaginasiku terberai
Terdiam aku,beku tanpa mu
Dimanakah letak hatimu…….



''Walau nampak sempurna dimata dia...ruang untuk curang tetap ada......''

Monday, March 18, 2013

ini lah hakikat sebuah kehidupan sayang...


Salam..


Seringkali kita mendamba hidup sebahagia-bahagianya.
Namun hakikat kehidupan tak seperti itu..
Hari ini kita bahagia..esok kita bahagia..sehinggalah satu saat kita dilanda hiba..
Lalu kita tertanya.. kenapakah kita dilanda kesedihan itu..sedang saat kita bahagia tidak pernah pula terlintas diminda… ‘syukur aku sedang bahagia..’
Begitulah lumrah kehidupan.. bagi saya,.kamu..kamu..dan kamu jua..
Tidak dapat lari menjadi seorang pelupa.. ya..pelupa pada yang MEMBERI..
Namun.. saat kita jatuh dan terduduk..tersungkur..air mata hanya untuk DIA..
Hina sungguh terasa…


Wednesday, March 6, 2013

ayat kursi....

salam..
 sekadar perkongsian bersama....


kredit to: penaterengganu


sumber : muka buku..

Tuesday, March 5, 2013

apa yang disembunyikanNYA??


Salam.......

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

1- Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
2- Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
3- Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
4- Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
5- Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
6- Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Tuesday, January 22, 2013

listen, listen, listen

salam..


dah lama tak hupdate blog.. sangat2 busy dengan minggu peperiksaan..
Alhamdulillah semuanya dah berlalu.. Minggu yang penuh dengan stress dah berakhir.. yang tinggal hanya sisa2 kesakitan di badan akibat terlalu banyak tidor.(rather than membaca buku)..
masa untuk bercuti sekarang..yessss!!
juga debaran menunggu keputusan peperiksaan.. owh No... :(

 listen,,listen..listen.. isu yang hangat sewaktu kami sedang sibuk2 nak exam tue..tapi tak sempat nak ambil pusing... sekarang baru lah berkesempatan nak tengok....
nampak macam isu kecil je kan.tapi itu boleh menimbulkan perbagai ketegangan kalau salah ditafsir dan ditambah provokasi oleh mana2 pihak...

apa-apa pon..sebagai individu yang mampu berfikir..nilaikan lah sendiri mengenai hal ini.. saya tak nak komen lebih2... pada saya... setiap orang melakukan kesilapan..dan tak semua perkara dalam dunia ni betul belaka...

chill ya..

kesian bila tengok kucing..mesti terfikir, dia pon ada banyak masalah..harharhar.......

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

lain2 untuk dibaca :

..