KALAU SUKA..

Sunday, June 24, 2012

ke kebun buah-buahan......

salam.......

~entry ini untuk kenangan peribadi~

Alhamdulillah...sesi pembelajaran untuk semester ni dah berakhir..sekarang masa untuk menunggu kedatangan final exam..yang akan bermula 28 june nie..insyaAllah..

jadi untuk menenangkan fikiran dan berehat setelah satu semester berpenat lelah menelaah buku (ini hanya satu kenyataan yang tipu!!) jadi saya dan rakan serumah telah membuat keputusan untuk ke kampung salah seorang teman...so, semalam (23 june 2012) 
we  went to da Gurun.. not Gurun Sahara tapi  Gurun Kedah..hehe...

pergi melawat kampung dan dusun buahan-buahan.. kami bertolak dari Arau lebih kurang pukul 9++ then sampai ke Jitra dalam pukul 10++..  selepas breakfast kami memulakan perjalanan ke Gurun..dalam masa 40-45++ minit jugak la nak sampai sana..  ( saya tak tahu nama tempat tue,tapi itu memang betul2 area kampung,dengan jalan yang kecik, then penuh pokok2..)tenang jerh..

selepas singgah ke rumah mak saudara  kawan tadi(mak ngah), so kami ke kebun..aktiviti memetik buah bermula... gila banyakkkkkkk sangat..hehehe. lepas penat kat kebun..balik rumah 'mak ngah' mandi dan solat, kami makan tengahari...(around pukul 3 lebih dah masa tue)..then..start perjalanan balik,,singgah  jitra  sekejap and kembali ke Arau..sampai Arau dekat pukul 7 dah..huhu..penat..tapi seronok..........

kat sana kami dapat makan manggis, rambutan,salak,durian dan langsat duku (tak sure langsat atau duku)..
siap tapau (bekal) buat balik lagi...seronok2..


gambar banyak juga yang berjaya disnap..tapi tak dapat la nk disclose kt sini..hehehe..

salam penuh ingatan..time to studoooooo..upss...studyyy!!  
peace!!

Sunday, June 17, 2012

saya sayang bapa saya..

salam......

ada ke yang tak sayang bapa dia??
ermm.. bapa..seorang insan yang sangat berharga..
nur just nak kongsi  apa yang nur dapat dari fesbuk...
harap2 kita tidak tergolong dalam kalangan yang menzalimi diri sendiri...
mudah-mudahan...


sayang tidak bererti hanya dibibir..
dengan menyatakan kamu sayang bapa kamu..
tapi kamu melakukan sesuatu yang mengheret bapa kamu ke neraka..
jika benar kamu sayang bapa kamu..
bukti kan...buktikan dengan perbuatan mu..
buktikan ia dengan lafaz doa yang tidak pernah putus  untuk bapamu...
wallahualam..

salam isra' mikraj...

Saturday, June 16, 2012

what a wise man.....

What a wise man!

cc :http://9gag.com/gag/4474920
please ignore the flag okeh :)

Friday, June 15, 2012

"Segmen: Follow Weekend Bersama AjamOppical"


salam..
dah lama rasanya nur tak join segmen..hari ni tergerak hati pulak nak join tambahan ada masa lapang..
masa lapang la sangatttttttttttttt.........hehe

okeh..straight to the point.. siapa2 yang nak join buleh la klik banner kat bawah nie..




Syarat2nya pon mudah je...:

Buat post bertajuk, "Segmen: Follow Weekend Bersama AjamOppical"
Save banner kat atas tu, pastu tampal dalam post ni, kemudian link kan ke blog tuan empunya segmen.
Digalakkan tag orang, tak wajib, tapi kalau tag tu kasitau le empunya blog tue..
Dah siap entri, pastekan link korang kat ruang komen...
Segmen tamat pada hari Ahad, 11.59 PM. 

okeh..jom reramai meriah kan lagi segmen ni K..Hehehe.... 
salam kenal.. :)

Thursday, June 14, 2012

kenapa Allah menguji kita??

salam... sekadar perkongsian pada hari ini.. :)


Sunday, June 10, 2012

andai kau mengerti makna sebuah cinta..


salam....

jangan sesekali kau memetik bintang cinta dari langit kegelapan, lalu kau sematkan ia di dalam hatimu yang majhul hakikat.
Kerana ia akan membawamu ke lubang zulmat.
Jangan sesekali kau menyeru kata rindu tanpa kefahaman dan melagukan mantera kasih tanpa tujuan, kerana ia akan menjadi taufan yang meruntuhkan tugu keperibadian yang sedia berdiri di atas tapak pekertimu. 
Cinta itu seperti titisan jernih air hujan yang perlu ditadah dalam bekas suci, ditatap atas piring agama hingga memahamkan dirimu hakikat tuhan. Ia perlu difahami dan diselami dengan satu erti seertinya.


Mengintai Cinta Khalifah- Ustz A. Ubaidillah Alias .:

Friday, June 8, 2012

kurang 1 beban...

salam..

ini hanya contengan luahan perasaan :

Alhamdulillah..tadi baru habis test 2 untuk subjek Account.. lega rasa walau  tak buleh jawab sangat... hahaha..kerana terasa seperti lepas satu beban..padahal beban lain menunggu dengan banyaknya..
maklumlah UiTM dah nak menuju ke peperiksaan akhir, jadi banyak jugalah kerja yang harus disiapkan. dibentangkan,dihantarkan..dan bermacam2 'di' larh... 24 jam sehari memang tak cukup!!
jadual exam pon dah keluar... Alhamdulillah..tarikhnya nampak menarik...tak terlalu rapat jarak paper yang harus diambil,,,..

< Universiti lain ada yang dah start exam kan> gud luck yer kawan2...

Wednesday, June 6, 2012

suami romantik... alahai..bertuahnya isteri....

salam..
walau tidak di ucap oleh seorang insan biasa bergelar isteri, pastinya kesemua wanita mendambakan untuk memiliki seorang suami yang benar-benar terbaik untuk dirinya..tidak hanya dari segi luaran seperti harta dan kekayaan..yang paling utama adalah Agama nya dah akhlak si suami itu sendiri...
Alahai..bertuahnya kalau seorang wanita yang berkahwin dengan lelaki yang berpegang teguh pada ajaran agama, romantik, sangat membantu si isteri, dan bertanggungjawab...


Dalam konteks romantik yang ingin nur utarakan disini adalah tidak hanya dengan memberi hadiah2 tak kira lah mahal atau murah, atau melakukan perkara2 yang boleh mencuit hati isteri,tetapi romantik dari  dari segi pertuturannya dengan si isteri,, 
Kata2 indah dari suami pastinya sangat dinanti-nantikan oleh si isteri. 
Mungkin tidak diluahkan oleh si isteri namun apa salahnya andai si suami sekali sekala memberikan si isteri kata-kata pujian atau kata-kata romantik untuk mengurangkan lelah si isteri..

berubah menjadi romantik untuk kebaikan bersama..TAK SALAH KAN... hehe

nak share sedikit kata2 yang nur baca di laman social tadi.....


 buat  ISTERIKU..

" Jika Syurga adalah bunga,
saya akan memetiknya untuk kamu,
Jika Syurga itu burung,
saya akan menangkapnya untuk kamu,
Jika Syurga adalah sebuah rumah,
saya membina untuk kamu, tetapi Syurga Jannah tidak pernah dilihat,
dan saya akan berdoa kepada ALLAH untuk menempah untuk kamu...''

dari SUAMIMU ♥




nur sangat tertarik dengan kata2 kat atas nie....ada sesiapa tak yang nak cuba bagi dekat wife masing2?? ada berani......or masih segan2.??

kesimpulannya : tidak perlu hadiah yang mahal2 untuk menambat hati si isteri..dengan kata-kata manis dan kasih sayang.. mampu menjadikan isterimu insan paling bahagia... mudah-mudahan... :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

lain2 untuk dibaca :

..